BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Backgrounds »

Thursday, May 27, 2010

Dimana letaknya seorang wanita?

Wanita adalah satu anugerah yang harus dilindungi oleh insan yang bergelar Adam tapi mengapa mereka sering disakiti. Terlalu banyak kita mendengar cerita mengenai wanita didera, dibunuh dan dirogol tapi mengapa mereka perlu diperlakukan sebegitu. Wanita merupakan tunggak kejayaan lelaki. Disebalik kejayaan lelaki pasti ada wanita dibelakangnya contoh yang ada didepan mata Tun Dr Mahathir sentiasa bersama dengan isterinya kemana jua kerana beliau sedar bahawa wanita merupakan penyuntik semangat bagi lelaki. Wanita sering disakiti baik dalam percintaan mahupun kehidupan. Wanita bukanlah patung yang boleh diperlakukan seperti binatang. Wanita juga mampu berdiri gah sebaris dengan kaum lelaki jikalau diberi peluang. Kenapa harus diperlekehkan kekuatan seorang wanita? Hargailah wanita seperti kita hargai permata kerana wanita adalah anugerah Allah SWT. Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki untuk dijadikan teman sehidup semati tetapi zaman sekarang jadikan wanita tempat melampiaskan api kemarahan. Tidakkah lelaki sedar bahawa jika dia menyakiti wanita umpama dia menyakiti dirinya sendiri. Wahai wanita diluar sana janganlah engkau sesekali tunduk pada kekalahan mahupun kekecewaan kerana aku percaya kalian mampu berdiri terus berdiri jika tersungkur sepertiku. Jadilah wanita yang mempunyai pendirian yang teguh dan solehah supaya engkau sentiasa dipandang tinggi….

0 comments: