BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Backgrounds »

Thursday, May 20, 2010

Mencari Cahaya

**Cerpen ini takde kaitan dengan sape2 samada secara langsung atau tak langsung**
Kedinginan pagi menggigit tubuh Zehra seumpama memanggilnya menunaikan kewajipan. Namun Zehra terus menarik selimutnya di paras dada seakan hanyut di lautan mimpi indah. Tersentap tatkala terdengar suara ibunya melaungkan namanya, Zehra mencapai jam loceng di meja dan tiba-tiba dia bingkas bangun mencapai tuala tatkala melihat jam menunjukkan 7.30 pagi.
Terkojoh Zehra menyuap cekodok di mulutnya.Sejurus itu, terdengar suara wanita tua yang menegurnya dari dapur. “Kau kemana semalam Zehra pagi buta baru balik. Apa nak jadi dengan Zehra ni?” sapa wanita tua itu dengan nada marah. Zehra melangkah keluar dari rumah tanpa menyambut sapaan mamanya, tidak sampai beberapa minit sahaja kereta Persona milik Zehra meninggalkan perkarangan rumahnya.
“Morning Erin” sapa Zehra pada teman sepejabatnya merangkap kawan baiknya. “Zehra last night u pergi mana your mom call i tanya mana u”. “Then u kata apa?” sambil membuka beg laptop. “Lor..i kata lah i tak taw. U pergi mana semalam?”
“I pergi clubbing la last night dengan my sugar daddy. Dah la time to work.” Erin hanya memandang Zehra sambil menggelengkan kepala.
Deringan handphone Zehra menghentikan jari jemari Zehra. “Isyh sapa pulak yang call ni tak paham ker orang tengah busy ni” rungut Zehra sambil mencapai handphone i-Phone 3G yang baru dibeli oleh kekasihnya. “Sayang, Sorry, I’m busy right now. I’ll call you later. Promise.” Panggilan ditamatkan serta-merta tanpa menanti bicara yang mengundang kekecewaan yang bertakhta di pemanggil tadi. Zehra terus menyambung kerjanya tanpa menghiraukan pandangan Erin.
“Zehra u tak nak keluar makan ker? Sudah-sudah lah buat kerja tu.” Sapa Erin pada teman baiknya tatkala jam menunjukkan pukul 1.00pm. “Ala Rin jap jer sket jer lagi i nk siap sket jer page layout ni this evening i kena present kat bos.” Mata Zehra masih memandang laptopnya. Zehra merupakan seorang art designer disalah sebuah syarikat publication. “ Jomlah Zehr.” Lantas tangan Zehra ditariknya, lagaknya seperti seorang ibu menarik tangan anaknya. “Ok, but my lunch today on your bill k.” gelak Zehra tatakala melihat kawannya melepaskan tangannya. “Just joke my dear.” Zehra terus merangkul bahu rakannya serentak itu terdengar gelak tawa kedua rakan itu.
“Zehra i nak tanya sikit boleh?” sambil merenung wajah rakannya itu. “Hmm..apa dia?”sambil menelan sisa makanan di dalam mulutnya. “U serius ker dengan that doktor?” “Kenapa suddenly u tanya camni?” merenung wajah rakannya dengan pelik. “That doktor da kawin kan so u serius ker i tengok u dengan dia serius jer” dengan wajah yang serius. “Ntah lah Rin i pon tak sure. Dahlah makan cepat da lewat ni nanti bising plak the Hulk tu, jangan nak buat muka pelik macam tu buruk i tengok da macam nenek kebayan.” Seraya itu hinggap semut api di lengan Zehra sejurus itu terdengar gelak tawa mereka berdua.

“ Woi betina, da takde jantan lain lagi ker dalam dunia yang kau pergi kacau laki orang kenapa ha?”
Tersentap lamunan Zehra tatkala mengenang sms yang diterima petang tadi. Sakit hati bila dipanggil begitu kalau diikut hatinya ingin sahaja dia maki hamun wanita tersebut dah laki dia yang gilakan aku salah aku ker? Zehra bermonolog sendirian.
Sejurus itu handphone Zehra berbunyi. Lalu dicapai handphone di dalam tas tangan LV dan lantas dia membuka inbox yang tertera nama Azam. Azam merupakan kekasihnya yang sudah berkahwin mempunyai anak dan merupakan seorang doktor di salah sebuah medical centre di Ampang.
“ Hai sayang. Ngah buat apa tu? I really miss u my dear.”
Zehra membalas sms tersebut.
“Miss u too dear.”
Selang beberapa minit sms Zehra dibalas.
“Can I meet u dear?”
“Sure my dear. Kat mana nak jumpa?”
“Zehra sayang kita jumpa di Zouk ok?”
“Ok.”
Lalu dicapai handphone ligat jari jemarinya mencari-cari nombor Cat. Lantas Zehra terus menekan butang call tatkala nombor yang dicarinya dijumpai.
“Helo Cat toninght Zouk ok? Ajak la Amir sekali.” Cat adalah teman sekolahnya dari tingkatan 4 mankala Amir adalah pengkid merangkap bf Cat. “ Ok Zehra see u there.” Malam minggu menjadi kemestian bagi mereka menjadi penghuni di kelab-kelab malam. Lantas Zehra mencapai tuala untuk bersiap-siap berjumpa kekasih hati.
Zehra memilih t-shirt baby tee pink dipadankan jeans Romps berwarna lusuh. Zehra lebih gemar berpakaian sebegitu tampak lebih sporty, rambut paras bahunya dilepaskan. “Mama, Zehra keluar dulu malam ni Zehra tido rumah Cat.” Belum sempat auntie Zie membalas, Zehra dengan laju memboloskan diri dalam keretanya. Auntie Zie hanya mampu menggeleng. Setelah suaminya meninggalkan mereka berdua dengan berkahwin satu lagi Zehra terus berubah sikap. Apa yang difikirkan anaknya hingga berubah sikapnya?




Didalam kereta Zehra terkenang nasib hidupnya. Zehra terpaksa mula bekerja sebagai sales girl di salah sebuah pusat membeli belah setelah tamat Tingkatan 5 sehinggalah Zehra menjadi seorang art designer. Jauh di sudut hati kecilnya Zehra ingin melanjutkan pelajaran dalam art designer tapi apakan daya Zehra terpaksa bekerja demi menyara hidup keluarganya walaupun dia mendapat keputusan yang baik di dalam SPM tetapi Zehra memendam perasaan hinggakan Zehra menjadi sosial untuk melupakan segala masalah.
“Isyh mana mamat ni tadi suruh tunggu kat Sunway ni tak muncul-muncul lagi.” Zehra bermonolog sendirian. “ Hai dear dah lama tunggu?” sapa lelaki yang agak berumur. Azam walaupun berumur masih berwajah tampan. “Kenapa lambat?Dah lama i tunggu u.” bicara Zehra dengan lagak seolah-olah merajuk. “Sorry la dear my wife tadi suddenly suruh i teman dia pergi beli barang.” Terang Azam pada Zehra sambil mencuit hidung mancung Zehra. “Ok la sayang jom kita gerak sekarang for sure your friends da sampai sana.” Zehra hanya menurut langkah kaki Azam dari belakang.
Suasana bingit dalam Zouk membuat jantung Zehra berdenyut kencang selari dengan muzik yang berkumandang. Mata Zehra meliar mencari teman-temannya. Jauh disudut terpencil ternampak Cat dan Amir sedang meneguk minuman keras. “Hai babe, sorry lambat ni ha Azam ni lambat sangat geram i.” sambil menampar lembut lengan Azam. Zehra seperti biasa akan memesan coke sahaja tiap kali memasuki kelab. Zehra menghayun kepalanya seperti melayan tiap rentak lagu R&B yang dimainkan oleh DJ. “Cat, tonight I tido rumah u ye?” bicara Zehra separuh jerit. Zehra terpaksa menjerit sedikit memandang muzik lebih kuat dari suara kecilnya. Cat hanya mengangkat ibu jari menunjukkan dia okey.
Malam itu Zehra hanyut di alam fantasinya sendiri hingga lupa segalanya. Zehra semakin jauh hanyut dalam dunia ciptaannya sendiri. Handphone Zehra bergegar. Lalu dicapai handphone miliknya. Kelihatan 1 missed call dari nombor yang dikenalinya dan 1 sms dari nombor yang sama. Lantas Zehra membuka sms tersebut untuk membaca isi kandungan sms tersebut.
“Wei betina aku tahu kau dengan laki aku. Kau ni jenis betina apa ha menggatal dengan laki orang.”
Zehra membalas sms tersebut.
“Heloo…laki u tu yang tergilakan i.”
Lantas Zehra mematikan handphone miliknya setelah sms tersebut dihantar.
“Sapa sayang tengok u macam mara jer bila baca sms tu?” tanya Azam pada Zehra.
“Wife u la sms i maki-maki i.” sambil meletakkan sebatang rokok Salem pada bibirnya. Disedut dalam-dalam asap rokok itu sambil menghembus diudara.
“Ah! Jangan dilayan sms dia tu k dear nanti tahu la i warning dia.” Bicara Azam sambil mengucup pipi Zehra.

Setelah beberapa jam dalam kelab Zouk, Zehra dan rakannya keluar dari kelab. “Babe u all nk pergi mana lepas ni?”bicara Amir pada Zehra. “We all ingat nk balik la Zehra kepala da pening ni.” Sambung Cat sambil memicit kepalanya yang berdenyut. “We all nak pergi makan dulu nanti i hantar Zehra pergi rumah u all k.” Azam bicara bagi pihak Zehra. “Ok,anyway Zehra this my spare key, u ambil la takut we all tak dengar pulak.” Sambil Cat menghulur kunci pada Zehra. Zehra mencapai kunci tersebut tanpa membalas kata-kata Cat. Sejurus itu kereta Swift milik Amir meluncur dengan laju meninggalkan Azam dan Zehra. “Jom dear kita makan kat Naili’s Palace.” Sambil menghidupkan enjin kereta BMW miliknya. “Ok sayang.” Balas Zehra.
“Sayang, what do u want to eat?” tanya Azam pada Zehra. “Hmm..give me chicken chop and fresh oren.” Sambil menghulurkan menu pada pelayan. “My order same like this beautiful lady.” Bicara Azam tatkala pelayan tersebut memandang Azam untuk mengambil pesanan Azam. Pelayan tersebut beransur pergi setelah mendapat kedua dua pesanan.
“Zehra” bicara Azam memecah sepi malam.
“Ya Azam” sambil memandang Azam.
“Zehra, can i ask u something?”Zehra hanya mengangguk tanpa bicara.
“Will u married me?” Azam berdiri seraya itu dia melutut sambil mengeluarkan sebentuk cincin seolah-olah seperti putera melamar puterinya.
“Ha? Is it a joke Azam?” bicara Zehra dengan nada terkejut.
“No, this true Zehra.” Azam masih melutut menanti kata putus dari Zehra.
“Azam, u married already and very difficult to my family accept it especially your wife” terang Zehra dengan tenang walaupun sisa terkejut masih bertandang di jiwa Zehra.
“Pasal my wife i akan uruskan. I just need your answer my dear. Kita dah bercinta terlalu lama biar i akhiri hubungan kita. I need u as my wife and I really love. Kehadiran u membawa sinar dalam hidup i. Before this hidup I hambar sayang tetapi sejak i kenali u hidup I kembali ceria tanpa u hidup kembali gelap.” Azam bermadah meluahkan rasa isi hatinya yang telah lama Azam pendam.
“Azam I know my mom tak akan setuju your wife pon tak akan setuju.” Zehra keliru disaat ini.
“Kalu susah kita nikah di Golok je, then kita bagi tahu mereka tentang kita for sure mereka akan terima.” Cadang Azam. Walaupun dia sedar cadangannya itu agak bodoh tapi dia sanggup kerana terlalu mencintai Zehra.
“Are u crazy Azam?” dengan nada sedikit marah. “ I tak akan buat macam ni to my family I tak nak malukan mereka I sayangkan mereka. Let me think first about this.” Zehra hanya memandang Azam.
“Ok, I understand.”Azam bingkas bangun walaupun sedikit kecewa tetapi Azam tetap akan menanti jawapan Zehra.
“Zehra.”Erin melayang-layangkan tangan debabnya di hadapan Zehra. Perbuatan Erin mematikan lamunan Zehra terhadap peristiwa 2 hari lepas seolah-olah baru semalam Azam melamarnya. Zehra meraup wajah bersihnya sambil melepaskan keluhan kecil.
“Kenapa ni Erin? Terkejut I tau.” Seolah-olah merajuk. “Alah, u ni mengelamun jer nape da pukul 6.00pm tak nak balik ker?” bicara Erin sambil menunding jam dinding yang berdekatan dengan meja mereka. “Lor, yeker tak sedar plak I. Rin, jom teman I shopping” pelawa Zehra pada Erin. “Biar betik u ni, now ker?” Erin agak terkejut dengan pelawaan Zehra.Walaupun dah tengah bulan Zehra masih boleh shopping mana taknya ada orang sponsor. Bertuah Zehra. “Cik adik manis yang tembam sekarang la takpe I belanja u makan. Tak nak dengar apa-apa alas an lagi.” Tegas Zehra sambil mencapai handphone miliknya menekan nombor Azam. “Dear, I nak pergi shopping dengan Erin can u bank in for me RM500.00?” bicara Zehra dengan nada manja. “Ok dear give me 5 minutes k.” bicara Azam. “Ok.”Zehra mematikan panggilan.
“Ok, jom Erin naik kereta I leave your car here tomorrow morning I pick up u kat rumah.” bicara Zehra mencari-cari kunci kereta dalam tas tangannya. Erin hanya mengangguk tanpa berkata-kata apa kerana dia dah biasa dengan cadangan Zehra yang agak bodoh tu.
“Dear your money already bank in take care.”
Zehra tersenyum membaca sms dari Azam. Zehra meletakkan kembali handphone miliknya. Sejurus itu kereta milik Zehra laju meninggal perkarangan pejabatnya bekerja. Zehra menuju ke Mid Valley tanpa sepatah bicara.
“Erin, Azam lamar i.” bicara Zehra memecah sunyi di dalam kereta. “What?then u accept ker?” Erin sedikit terkejut mendengar pengakuan Zehra. “Zehra, u betul-betul ker dengan Azam?Well u know kan Azam tu suami orang. Fikir masak-masak.” Sambung Erin sambil mengerut dahinya. “Ntah la Rin, I tak cakap apa pun I confuse la dah tak larat nak masak fikir ni.” Terang Zehra dalam nada gurauan. “Isyh u ni Zehra I serius u boleh melawak pulak.” Balas Erin sambil mencubit lengan Zehra. Zehra mengekek ketawa dengan perbuatan Erin sambil mengusap lengannya. Itulah bergurau tak kena time hinggap la semut api kat lengannya.
“Erin, betul ker I dengar next week ada staff baru masuk?” Zehra cuba menukar topik. Seingat Zehra tadi bosnya ada beritahu ada new staff nak masuk dengar kata pulak lelaki merangkap kawan sekerja Zehra. Pertama kali Zehra berkerjasama dengan lelaki setahu Zehra dia hanya suka membuat kerja sendiri lebih mudah katanya.
“Yup, lelaki tuh bakal bekerjasama dengan.” Balas Erin.


“Pergh kerek gila mamat ni sakit hati aku jer. Aku tanya baik-baik jawab kerek plak ingat da cukup bagus arghhhh…geramnya.” Rungut Zehra sendirian.
“Isyh u nape Zehra membebel macam mak nenek sebelah rumah I jer” tegur Erin.
“Takde la Mr Arrogant tu kerek gila sakit hati I taw ingat apa dia cukup bagus.” Bentak Zehra menunjukkan rasa tidak puas hati pada Sham rakan barunya.
“I tengok Sham ok k jer. U jer yang kerek dengan dia kot.” Usik Erin. “Kepala hotak u. U ni kawan I ker kawan dia yang u backup dia sangat nape u suka dia ek?” Zehra pura-pura marah.
“Isyh..u la kawan I dunia akhirat taw. Suka?hmmm buah hati I tu nak campak mana. Dah la I nak sambung keje nampak plak singa betina tu tak pasal jer kena mara.” Erin berlalu meninggalkan Zehra.
“Sham,can u help me to print the document that I give u just now?” tegur Zehra. “Hmmm.” Sham tidak membalas sepatah pun ditambah pula muka kereknya yang bakal mendatangkan kemarahan Zehra. Zehra merenung muka Mr Arrogant tu tanda marah kerana takde respon dari Sham. “U tenung I macam nak telan tu kenapa? Tahu la muka I ni macho.” Selamba jer Sham menegur Zehra. Naik merah muka Zehra ditegur sebegitu. Zehra terus berlalu tanpa membalas kata-kata Sham.
Zehra mencapai handphone miliknya lalu mendail nombor Azam.
“Helo dear. Ngah watpe tu?” soal Zehra pada Azam.
“I ngah meeting ni nanti I call u back k sayang.” Balas Azam. Selang beberapa minit Zehra menerima sms dari nombor dikenali.
“ Hei kau ni masih tak paham lagi ker? Azam tu dah berkahwin apa yang kau pandang pada dia kau nak kikis harta suami aku ker? Dasar perempuan tak tau malu. Kesian la pada anak-anak aku ni. Kau ni takde hati ker? Aku takkan lepaskan suami aku pada kau perempuan jalang.”
Tersentap jantung Zehra membaca sms sebentar tadi. Zehra membalas sms tersebut.
“Cakap biar sopan u jangan nak tuduh orang suka hati jer.”
Zehra mencapai tas tangannya sambil berkata pada Erin “Rin, cakap dengan bos I EL hari ni.” Zehra meninggalkan Erin terpinga-pinga sambil mengesat air mata di pipinya. Sham hanya memandang langkah Zehra.
“Kenapa dengan Zehra?Ada masalah ke tetiba jer balik menangis plak tu.” Sham bermonolog sendirian. Pertama kali Sham melihat air mata Zehra selalunya dialah yang paling ceria. Dalam diam Sham meminati Zehra walaupun dia sudah mempunyai kekasih.



“Zehra, u kenapa semalam?” Erin bertanya pada Zehra perihal yang berlaku semalam.
“I takde pape la.” Balas Zehra sambil mengisi borang cuti selama seminggu.”Rin, besok I cuti yer sampai next Tuesday.” Sambung Zehra. Erin hanya mengangguk. Jarang Zehra mengambil cuti panjang.
“Sham, keje I nanti tolong take over yer all my document ada dalam pen drive ni.” Bicara Zehra sambil menghulur pen drive pinknya. “I akan cuti seminggu any problem u bley refer Erin.” Sambung Zehra sambil mengemas barangnya. Hari tu Zehra balik awal dari biasa.
“Rin, nape Zehra tetiba cuti panjang?” tanya Sham pada Erin. “Ntah la Sham, I pon tak tahu kenapa.” Balas Erin.
“Rin, nak mintak tolong sket?” belum sempat Sham menghabiskan ayatnya Erin semerta memotong. “Apa dia.” Tanya Erin. “I nak nombor Zehra.” Hanya pada Erin sahaja Sham dapat berhubung dengan gadis misteri tu.
“Nak watpe nombor Zehra?” Erin bertanya semula pada Sham. Pehal plak Mr Arrogant ni nak nombor Zehra. “I nak tanya dia pasal keje I takde nombor dia penting sangat untuk I hubungi dia” jelas Sham walaupun dia terpaksa menipu sunat. Eh, ada ker tipu sunat?
“Nah ni nombor dia jangan kata I yang bagi nanti dia marah I” Erin member amaran pada Sham sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertera nombor Zehra. Sham mencapai sambil menganggukkan kepala tanda setuju akan menyimpan rahsia.
“Jom I belanja u makan MCD tanda terima kasih I pada u.” pelawa Sham.
“Ok.” Erin melangkah menuruti langkah Sham bagai lembu cucuk hidung.
Sham tersenyum senang setelah mendapat nombor telefon Zehra. Disaat ini dia akan mengenali siapa diri Zehra sebenarnya. Tanpa sedar dia semakin lupa hubungan yang telah lama terjalin. Setelah melihat Zehra dia menjadi lebih ingin mengenali gadis ini seorang gadis yang penuh misteri. Zehra satu nama amat indah sepadan dengan pemiliknya. Selama dia bekerja di Seni Publication dia tidak pernah berbual dengan Zehra melainkan hal-hal kerja sahaja. Zehra lebih suka menghadap laptopnya tanpa hiraukan orang disekelilingnya. Agaknya kalau bom jatuh pon dia takkan sedar kot. Zehra………………





Zehra menghayun setiap langkahnya dipersisiran pantai. Pulau Langkawi adalah tempat pilihan Zehra melupakan segala masalahnya. Zehra terduduk menangis mengenangkan sms yang diterima olehnya tempoh hari. Salahkan dirinya mencintai suami orang. Zehra sunyi tapi kehadiran Azam dalam hidup menceriakan kembali hidupnya yang sugul kerana kecewa dengan cintanya dahulu. Disaat itu dia menerima cinta Azam walaupun dia tidak rela sepenuhnya. Lantas Zehra menjerit sekuat hati melepaskan apa yang terbuku dihati kecilnya.Akhirnya, Zehra menangis terduduk tanpa menghiraukan pelancong yang bermain di tepi pantai. Tiba-tiba handphone milinya berbunyi tapi tidak hiraukan. SMS bertubi-tubi menerjah halaman inboxnya. Zehra tahu dari siapa pemilik sms tersebut. Sudah tentu Azam yang memberinya sms. Akhirnya Zehra mengalah, dia membuka sms Azam.
“Sayang, u dimana puas I sms kenapa u tak balas I call u tak answer. I know wife I ada ganggu and im so sorry dear. Please reply me, I really love u.”
Azam kenapa semua ni berlaku pada Zehra adakah salah Zehra memiliki sedikit kasih sayangmu itu.
“Azam, Zehra ok. Cuma Zehra nak tenangkan fikiran hope u understand.”
Tiba-tiba sekali lagi handphonenya berbunyi tapi kali bukan sms tapi panggilan dari nombor yang dia tidak kenali. Lantas dia menekan butang answer.
“Helo.” Sapa pemanggil itu.
“He..lo.” Zehra seolah-olah mengenali suara pemanggil tersebut. Sham.
“Zehra, ni Sham. Zehra apa khabar lama tak dengar berita kemana menghilang? Kawin ker?” balas Sham dengan nada bergurau. Sham menggelar dirinya nama ketika berbicara bersama Zehra.
“Oh Sham. Zehra ok and Zehra ngah vacation kat Langkawi. Rileks kan minda.” Jangkaannya tepat sekali tapi mana Mr Arrogant ni dapat nombor aku ni. Ni mesti keja Erin.
“Wah cuti sakan nampak jangan lupa ole-ole buat Sham yer.” Sesungguhnya Sham amat merindui suara Zehra.
“Ole-ole? Takde maknanya bagi ole-ole kat Sham.” Balas Zehra. “Kalau tak nak bagi ole-ole Zehra bawak diri Zehra yang ceria tu kat opis kita ok?” terdengar gelak tawa Zehra tatkala Sham berkata sebegitu. “Hmm..pehal rindu Zehra ker?” semakin galak tawa Zehra. Zehra lupa seketika masalahnya sebentar tadi. “Rindu kt Zehra langsung takde tapi rindu pada mulut Zehra yang garang tu.” balas Sham sambil ketawa terkekek-kekek.
“Menyampah. Ok la Sham Zehra nak balik chalet ni. Nanti pape Zehra sms Sham ye. Daaaa.” Balas Zehra. “Aloo..marah ker? Ok la take care bye.”Sham mematikan panggilannya. Sham tersenyum puas dapat mendengar suara Zehra. Sekurang-kurangnya dia tahu Zehra selamat.

Sejak dari hari itu, Sham kerap sms Zehra. Mereka menjadi semakin akrab diluar tempat kerja. Zehra senang dengan sikap Sham suka bergurau. Zehra terkejut tatkala mendengar bunyi sms. Jauhnya aku mengelamun sambil membuka inbox.
“Zehra jap g balik kita jumpa nak tak kat Taman Titiwangsa ambil angin malam.”
Zehra membalas sms Sham.
“Hmmm…Sham belanja Zehra makan steamboat ok pas balik lepak tu?”
Sham membalas sms Zehra.
“Ok takde hal la. See u there at 9 o’clock.”
Zehra berkemas untuk pulang kerana dia perlu hadir dua temujanji dengan dua lelaki dalam hari yang sama. Zehra sudah berjanji ingin berjumpa dengan Azam di Sunway pukul 6 petang. Pukul 9 Zehra perlu berjumpa dengan Sham. Sejak akhir ni Zehra kerap keluar bersama Sham.
“Hai dear sorry lambat jam la tadi” sapa Zehra pada Azam. “Its ok sayang. Janji u dah sampai.” Balas Azam. “Hot white coffee.” Zehra member pesanan kepada pelayan. “Azam I tak boleh lama 9pm I ada hal la.” Terang Zehra. “Hmm..okey.” terselah riak wajah kecewa Azam. Malam ni Azam ingin bertanya pada Zehra tentang lamarannya tapi terpaksa dibatalkan kerana Zehra perlu pulang awal. Zehra telah banyak berubah setelah pulang bercuti masih sayangkah dia pada aku? Mungkin Zehra sibuk dengan kerja. Azam cuba menyangkal perasaan negatifnya itu.
“Wei babe termenung sorry ar jam ar.” Sergah Zehra pada Sham. “Its ok la.” Balas Sham.
“Zehra da ada kekasih?”tanya Sham “Aik tetiba tanya soalan tu. Zehra da ada kekasih. Kekasih Zehra berumur dan sudah berkahwin.” Terang Zehra. “Dia duda?”sangkal Sham. “Tak lah.” Zehra termenung jauh. “Da lama kenal?”duga Sham. “Dah hampir setahun.” Zehra berjalan perlahan ke hadapan. “Tapi kenapa suami orang Zehra? Zehra benar sayang pada dia?” Sham masih tidak berpuas hati. “Sham tak faham. Zehra tak sangka Zehra bersama dia. Benda Zehra tak suka akhirnya terjadi.”Jelas Zehra. “Zehra pasti dia akan setia dengan Zehra sampai bila-bila. Zehra sebaya anak dia. Arggh..tak guna punya jantan. Tak padan dengan tua, tak sedar diri.”Sham meluahkan rasa marahnya. Zehra sedikit terkejut. “Sham please stop it. Zehra tak nak bincang hal ni.” Zehra semakin tertekan. “Maafkan Sham, Zehra.” Sham rasa bersalah berkelakuan sebegitu.





Masih terngiang-ngiang kata-kata Sham di cuping telinga Zehra walaupun telah lama peristiwa itu berlaku. Zehra keliru yang teramat sangat. Akhirnya Zehra Berjaya melelapkan matanya setelah puas dipaksa.
Zehra tersentap dari tidurnya seolah-olah mimpi itu benar-benar berlaku. Zehra mengesat peluh yang menitik membasahi mukanya. Bukan pertama kali Zehra mengalami mimpi yang sama tapi sudah acap kali hingga Zehra takut untuk melelapkan mata. Mimpi tentang kematian seperti hari kiamat amat menakutkannya. Zehra menitis air mata. Akhirnya Zehra tidur tanpa dia sedari.
Seperti biasa Zehra akan masuk ke disko pada hujung minggu tapi kali ini perasaannya berlainan. Lutut Zehra menggigil tatkala menjejak kaki ke disko seolah-olah kakinya tidak berdaya seperti lumpuh. Di saat itu Zehra terjelapuk di sisi Azam. Zehra cuba berdiri namun tidak berdaya sehingga Azam terpaksa mendukung Zehra keluar dari disko. Azam meletakkan Zehra semula secara tiba-tiba Zehra pulih kembali berdiri seperti biasa. “Azam kita balik jom. Zehra rasa tak sedap badan.” Rayu Zehra pada Azam. Azam hanya mengangguk. Sejak peristiwa itu, Zehra jarang bertandang di mana-mana disko lagi.
“Azam, kita berpisah.”luah Zehra pada Azam.
“No, I takkan lepaskan u selagi u tak jumpa lelaki yang Berjaya menjaga u lebih dari I menjaga u.” Azam berkeras.
“Zam, hubungan kita takkan ada pengakhirannya.” Balas Zehra.
“Dah I tak nak dengar lagi. I balik dulu.” Azam meninggalkan Zehra sendirian.
Zehra semakin tertekan mana mungkin dia akan menemui lelaki yang lebih baik dari Azam. Zehra tak mampu nak tahan caci maki isteri Azam. Zehra keliru dan tertekan. Zehra perlukan seseorang untuk dia luahkan segalanya. Tiba-tiba dia teringat Sham. Lalu dicapainya handphone miliknya sambil menggerakan jari jemarinya seolah-olah menulis sesuatu.
“Sham, kita lepak jom kat Taman Titiwangsa.”
Sham membalas.
“Ok.”
Dengan pantas Zehra bersiap setelah menerima sms ringkas Sham. “Mama, Zehra kuar jap.” Ringkas sahaja pesanan Zehra. Auntie Zie hanya memandang langkah anaknya. Zehra memecut kereta miliknya agar dia tidak lewat sampai.




Mereka berdua termenung menghadap tasik Titiwangsa yang indah sambil melayan perasaan masing-masing. Sham dan Zehra hanya berdiam diri tanpa kata-kata sedari mereka sampai.
“Are u okey Zehra”? Sham membuka langkah dahulu. Sesungguhnya dia rimas dalam keadaan begitu. “Im ok, Sham.” Balas Zehra. Sesungguhnya dia tidak tahu macam mana harus dia luahkan masalahnya. Dia semakin keliru pertama kali dia berserabut kepala dah macam kilang perabot.Dengan tidak semena-mena Zehra menjerit sekuat hati hinggakan semua mata memandang mereka berdua. Sham terkejut tak terkira.
“Zehra.” Sham menegur. “Jangan risau I ok Cuma nak lepaskan tension arghh…” Zehra membalas. “Ada-ada jer Zehra ni. Apa masalahnya ni?” Sham seakan memujuk. Biar la dia tahu apa yang terjadi pada gadis itu. “Azam tak nak lepaskan Zehra dia mahu ada laki yang menjaga Zehra lebih baik dari dia sekira Zehra mahu putuskan hubungan ni.” Terang Zehra pada Sham. “ Zehra, itu semua alasan jika Zehra mahu Zehra boleh lakukannya.” Balas Sham. “Sham tak faham.” Zehra terus menaiki kereta meninggalkan Sham keseorangan. Sham menyalahkan diri sendiri mungkin dia telah salah berbicara hingga menimbulkan kemarahan Zehra.
Di pejabat, Zehra dan Sham tidak bertegur sapa. Zehra lebih banyak mendiamkan diri.
“Zehra marah pada Sham ker?” Sham menegur Zehra yang khusyuk membuat kerja. “Takdelah. Cuma busy la takde masa nak berbual.” Balas Zehra acuh tak acuh.
Zehra lebih gemar bersendirian melakukan aktivitinya sendiri. Bagi Zehra dia perlukan ketenangan disaat ini. Dia perlu tenang memikirkan segala masalahnya. Dia perlu bersikap professional. Segala sms Azam atau kawan-kawannya tidak dibalas sekalipun. Dia tak mahu diganggu disaat ini. Auntie Zie juga perasan perubahan anaknya tapi mamanya hanya berdiam diri. Anaknya seorang anak yang pandai berdikari dibandingkan adik beradiknya yang lain.
Zehra mencari cahaya untuk mengubah hidupnya yang jauh terpesong. Zehra telah lupa pada yang satu Zehra hanyut dengan dunianya. Zehra menagis tatkala terkenang kehidupannya yang lampau. Ya aku akan lakukan sesuatu……..Hanya ini yang mampu membantu aku. Aku pasti Berjaya mencari cahaya tu. Cahaya yang bakal memberinya kekuatan. Aku nekad akan tinggalkan Azam demi kebahagian keluarganya kerana dia juga seorang wanita. Dia mencapai handphone miliknya. Zehra menulis sesuatu pada Azam.
“Azam please leave me and think bout your family.I’ll leave u.”
Zehra membatalkan niatnya untuk menghantar sms tersebut lalu Zehra padam sms yang seharusnya dia hantar pada Azam. Zehra menyimpan handphone miliknya.




“Zehra, Sham ada sesuatu nak beritahu pada Zehra. Sham tak pandai nak luahkan kata-kata indah pada perempuan tapi Sham akan lakukan dengan cara Sham sendiri terpulang pada Zehra untuk menilainya.” Sham ingin luahkan segalanya pada Zehra hari ini juga. Zehra agak terkejut dengan kata-kata Sham. “Sham amat mencintai Zehra sejak pertama kali Sham memandang wajah Zehra. Hinggakan setiap malam wajah Zehra terbayang dimata Sham.” Sambung Sham. “Sham jangan nak bergurau.” Balas Zehra dengan harapan ini semua gurauan. “No, im serious Zehra.” Wajah Sham agak serius ketika itu. “Zehra nak balik.” Itu sahaja yang mampu diungkap oleh Zehra. Sham hanya menurut. “Sham akan memberi masa pada Zehra. Terpulang pada Zehra untuk mebuat keputusan.” Sham akan terus bersabar. Walaupun Sham mempunyai hubungan yang kekal tapi Sham tidak pernah bahagia walau sekian lama bersama dengan kekasihnya. Kali ini Sham perlu mencari semula kebahagiannnya dan dia yakin dia akan bahagia bersama Zehra.
“Sham dah ada kekasih kenapa Sham lakukan semua ni? Zehra tak nak ulangi kesilapan yang sama lagi Zehra tak nak rasa bersalah.”
Sham membaca sms dari Zehra. Sungguh keras hati gadis ini. Tapi aku tetap akn terus mencuba.
“Sham tahu apa yang Sham lakukan Zehra. Ini berkaitan kebahagian Sham. Untuk apa kita berharap pada yang tak sudi? Selama Sham jer yang terhegeh dengan dia tapi dia? Ada dia pernah kisah pasal Sham?”
Sham membalas sms Zehra. Sesungguhnya segalanya lahir dari hati lelakinya.
Sejak dari hari itu Sham dan Zehra tidak bertegur sapa hingga semua staff di pejabat berasa hairan. Biasanya kedua mereka lebih gemar bergaduh hingga menimbulkan gelak tawa staff-staff. Hinggakan seorang staff pernah berkata pada mereka. “Selalu bergaduh nanti melekat baru tahu. Kata orang kalau selalu bergaduh ada jodoh tau.” Nurin berbisik pada Zehra. “Ah..dengan Mr Arrongant tu I tak hingin esok anak I tak comel macam dia.” Balas Zehra sambil mencebik bibirnya. Sham hanya memendang Zehra tanpa kata-kata. Nurin hanya tergelak kecil tatkala mendengar statement Zehra. Tapi kini semuanya kembali sunyi. Mereka tidak tahu paa yang berlaku. Zehra adan Sham seperti tidak mengenali antara satu sama lain.
“Mereka berdua tu bergado ke Rin?” Nurin bertanya pada Erin.
“Ntah lah aku pun tak tahu kenapa dengan dorang tu.” balas Erin.






“Zehra, Sham serius dengan Zehra. Sham perlu katakana yang Sham benar mencintai Zehra. Sham ingin Zehra menjadi teman hidup Sham. Sham mampu bahagiakan Zehra. Jika Zehra takut pasa Azam biar Sham berjumpa dengan dia biar Sham katakana Sham mampu jaga Zehra lebih baik dari dia.” Sham luahkan segalanya kepada Zehra tatkala Sham berjumpa dengan Zhera di Naili’s. Sham masih menanti buah biacar dari Zehra.
“Zehra da fikir semuanya dan Zehra…..” Zehra mematikan ayatnya seperti mencari kekuatan. Sham menanti penuh kesabara. “…terima Sham seadanya.” Sambung Zehra saat itu air mata Zehra mengalir tanpa dipinta. Bukan kerana sedih atau gembira tetapi kerana berasa lega. “Benarkah Zehra?” Sham seakan tidak percaya apa yang didengarinya sebentar tadi. Zehra hanya mampu mengangguk. “Alhamdulillah. Syukur pada Allah SWT.”hanya itu yang mampu keluar dari mulut Sham. Zehra menggagumi Sham dari dulu lagi seorang lelaki yang tak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai Islam. Selama mereka berkawan sekali pun Zehra tidak pernah Sham meninggalkan kewajipnya hinggakan Zehra malu bersama Sham. Pada malam itu bulan menjadi saksi cinta mereka. Sham berasa lega tetapi ada sesuatu yang perlu dia selesaikan.
Teman sepejabat Zehra merancang berkelah pada hujung minggu ni. Mereka mempelawa Zehra dan Sham. Akhirnya mereka berdua setuju menyertai perkelahan itu. Tapi mereka sembunyikan hubungan mereka bukan tidak mahu beritahu tapi belum bersedia untuk semua ni. Zehra dan Sham berlagak seperti biasa seolah-olah mereka bukan pasangan.
“Zehra, u dengan Sham ada pape ker?” Erin bertanya pada Zehra tatkala melihat Zehra datang bersama Sham. Terserlah sesuatu kelainan dalam hubungan mereka. “Biarlah rahsia.” Hanya itu yang mampu diungkap oleh Zehra. Erin mengangguk seolah-olah memahami. Hari perkelahan mereka indah sekali terasa seperti keluarga. Sudah lama mereka tidak bersama seperti hari ini. Zehra dan teman sepejabat sering keluar lepak bersama tapi sejak akhir ini mereka terlalu sibuk dengan kerja masing-masing. Dalam kegembiraan itu Zehra nekad berjumpa dengan Azam untuk putuskan hubungan mereka. Zehra nekad demi kebahagian semua orang. Zehra masih mencari cahaya dalam hidupnya.
“Azam kita jumpa kat Sunway Pyramid pukul 6pm di Starbucks.”
Zehra member sms ringkas pada Azam.
“Ok.”
Azam membalas ringkas. Azam berasa gembira kerana dapat jumpa dengan kekasihnya. Setelah sekian lama mereka tidak berjumpa. Azam amat merindui Zehra.




“Azam, I nak kita putuskan hubungan kita.” Pinta Zehra.
“Zehra I really love why u do this to me?” Azam sedikit kecewa.
“If u love me please leave me back to your family. I dah tak tahan dengan caci maki isteri u dan I dah jumpa lelaki yang mampu jaga i.” terang Zehra. “Kita tak mungkin bersama inilah hakikat yang harus kita terima Azam.” Sambung Zehra.
“Baiklah kalu ini yang u mahukan tapi I tetap mencintai u sehingga akhir hayat i. Tak aka nada wanita lain mampu meggantikan tempat u dalam hati i.” Azam berlalu meninggalkan Zehra. Zehra lega dengan ungkapan Azam.
Zehra menjalani kehidupannya seperti biasa bersama Sham. Sham telah mengambil keputusan memutuskan hubungann dengan kekasihnya. Sham pasti bahagia ada bersama Zehra. Zehra mengambil keputusan untuk memakai tudung. Hari pertama Zehra hadir di pejabat kesemua staff terkejut melihat penampilan Zehra. Kewajipannya yang 5 kali sehari juga tidak pernah dia tinggalkan. Auntie Zie mama Zehra merasa bahagia dengan perubahan anaknya. Hubungan Zehra bersama keluarga semakin baik dari sebelum. Perubahan Zehra menjadi buah mulut staff-staff lain selama seminggu. Ramai yang bertanya kenapa Zehra berubah sebegitu dan ada juga yang menyangka perubahan Zehra Cuma sekadar untuk mencari publisiti murahan. Tapi Zehra hanya tersenyum tanpa bicara. Sham berasa senang dengan perubahan Zehra dia bersyukur Zehra sudah berubah.
“Zehra kenapa u berubah?” Erin bertanya pada Zehra.
“Kerana I diberi mimpi yang membawa cahaya pada I supaya I berubah menjadi seperti sekarang dan ini takkan mengubah apa-apa pun tentang diri i. I tetap dengan penampilan I bertudung sehingga nafas terakhir i.” Terang Zehra. Sesungguhnya Zehra telah temui cahaya dalam hidupnya dan cinta agungnya.
“Alhamdulilah Zehra.” Erin tersenyum melihat Zehra.
Hati Zehra semakin tenang seperti tenang air di laut. Zehra lebih banyak mendekatkan dirinya pada Allah yang satu. Kerana dia mahu menjadi umat yang soleh ini janji dia pada dirinya. Zehra telah temui segalanya. Tiba-tiba Zehra terima satu sms dari Azam. Ya Azam....nama yang telah lama hilang dalam kamus hidupnya.
“I merindui u Zehra.”
“Azam bahagiakanlah keluarga u dan hargailah keluarga u. Mereka lebih memerlukan u dari i. Lupakan I dari hidup u. Anggaplah pertemuan kita satu kesilapan satu mimpi.”
Balas Zehra.


Hubungan Sham dan Zehra semakin bersemi. Sudah ramai yang mengetahui hubungan mereka. Ramai yang terkejut tapi mereka hanya mampu tersenyum. Pasti setiap pagi di atas meja Zehra akan terletak coklat. Sham tahu coklat adalah kegemaraan Zehra. Sham sentiasa membimbing Zehra menjadi wanita solehah. Zehra bersyukur dia ditemukan bersama Sham. Sham terlalu baik baginya. Zehra berjanji akan menjaga hubungan ini sebaiknya. Hubungan mereka semakin hari semakin bersemi cinta mereka semakin kukuh seperti kukuhnya Taj Mahal di India. Kasih sayang mereka dalam sedalam Lautan Merah. Zehra berharap segalanya kekal hingga hujung nyawa. Segala kisahnya dahulu Zehra padamkan dari hidupnya yang ada Cuma lah buku baru yang harus Zehra hiasi dengan warna yang indah. Cahaya yang dicari telah Zehra temui bersama putera idamannya. Ya Allah Kau panjangkanlah jodoh aku bersama Sham hingga akhir hayat dan Kau berkatilah hubungan kami sepertimana Kau berkati hubungan Adam dan Hawa.

(^__^)**the story done at 2.38 pm (Thursday/20th May 2010)**