BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Backgrounds »

Sunday, October 24, 2010

Cerpen: Alanna Qish


Kesejukkan malam mengigit tubuh Mira. “Alanna Qish jangan tinggal mummy sayang.” Laung Mira. Mira tersentap dari mimpi lalu Mira menangis teresak. Syafiq terjaga dari pembaringan lalu dipeluk isterinya, dia sedar isterinya msih merindui bidadari mereka Alanna Qish. Mira masih erat dipelukkan suami tercinta sambil mengimbau di saat bidadari kecil itu muncul…….

“Salam abang bila abang nak balik ni Mira ada sesuatu nak beritahu abang” bicara Mira ketika menelefon suami. “Abang balik lewat sikit Mira but I’ll try to back home early ok sayang? Ok I've got to go...love u.” Syafiq mematikan panggilan. “Love u too abang” hanya itu yang mampu Mira ucap. Isyh mana la anak teruna aku ni Syafil Nadime. “Syafil sayang” Mira melaung nama anak lelakinya yang berusia dua tahun sambil mengusap perutnya sesungguhnya Mira tidak sabar ingin memberitahu suaminya yang dia dah mengandung 3 bulan tanpa dia sedari kerana dia tidak mengalami alahan seperti dia mengandungkan Syafil. Teringat saat Doktor Siti memberitahu berita gembira itu.

“Tahniah Puan Mira, awak mengandung 3 bulan.” Bicara Doktor Siti. Disaat itu Miramengalirkan air mata kesyukuran kerna hadirnya janin itu di rahimnya. “Mummy” Syafil muncul dengan mainannya. Tersentak Mira. “Eh anak mummy dah datang ye. Mari sini mummy riba Syafil” balas Mira sambil mengangkat anaknya di riba. “Syafil sayang…Syafil suka adik tak?” Mira bertanya pada Syafil walaupun dia tahu Syafil masih belum mampu petah berkata. “Cuka” Syafil menjawab sambil merenung wajah mummynya. Mira mengusap dahi anaknya lalu dikucup. Mira melepaskan Syafil bermain dengan leka. Mira terus ke dapur meneruskan kerja di dapur. Dia ingin membuat hidangan istimewa buat mereka sekeluarga sempena menyambut berita gembira.

“Assalamualaikum” seorang lelaki memberi salam di muka pintu. Tergesa gesa Mira mencapai kain tudung lalu dibuka pintu lalu dia tersenyum melihat wajah suami tercinta muncul dihadapan pintu. “Waalaikummusalam” lalu Mira mencapai briefcase suaminya. “Abang mandi dulu kemudian kita makan sama Syafil dah tunggu kat meja makan” bicara Mira. Syafiq hanya mengangguk sambil mengucup ubun-ubun Mira. Lantas dengan pantas Syafiq menaiki tangga. Mira terus dapur menyediakan persiapan makan malam sempat dia menjeling anaknya Syafil yang setia menanti di meja makan. Setengah jam kemudian Syafiq turun lalu diciumnya pipi anaknya Syafil. Syafil mengesat pipinya sambil tersenyum Syafiq hanya tergelak kecil melihat anak lelakinya mengesat pipi. “Mummy, daddy dgn Syafil lapar ni” laung Syafiq sambil mengenyit mata pada anaknya Syafil memang Syafiq sengaja buat begitu mahu mengusik katanya. “Ok mummy datang.” Mira membalas. Mira menceduk nasi ke dalam pinggan Syafiq dan Syafil dengan cermat. “Hmmm…tadi Mira kata ada something nak bagi tahu apa dia?” soal Syafiq. Mira berdiam diri sambil tunduk melihat pinggan nasi. Mira tak tahu nak mulakan macam mana. “La ditenung pinggan tu buat apa pecah nanti kalau ditenung lama-lama nanti.” Seloroh Syafiq mengusik isterinya sambil menjeling anaknya yang sedang kusyuk menggigit ayam goreng.






“Abang ni ke situ pulak” balas Mira. “Abang, Mira sebenarnya nak beritahu abang yang Mira pregnant.” Lega Mira bila dia berjaya meluahkan segalanya. Syafiq berhenti menyuap nasi di mulutnya. “Apa Mira kata? Mirapregnant? Alhamdulillah.” Balas Syafiq sambil membasuh tangannya lalu megenggam tangan isterinya. “ Thanks sayang beri abang hadiah yang istimewa ni. Mira adalah superwife buat abang, supermummy buat Syafil dan bayi yang Mira kandungkan ni. Dah berapa bulan?” bicara Syafiq. “Tiga” balas Mira. Akhirnya malam pertama kehadiran bayi itu disambut dengan kesyukuran dan senyum tiga beranak itu.

“Morning daddy” Mira menyapa suaminya yang baru turun dari tingkat atas sambil menghidangkan breakfast buat suami dan anaknya. Syafil masih leka memasukkan mainannya dalam beg pakaian. “Mira kerja ke hari ni?” Syafiq bertanya pada isterinya yang sedang leka menyediakan breakfast mereka pagi tu. Syafiq gagum dengan isterinya walaupun isterinya bekerja namun tanggungjawab sebagai ibu dan isteri tak pernah dia lupakan. “Ye la bang.” Jawab Mira. “From now abang hantar dan ambil Mira dari tempat kerja ye.” Bicara Syafiq. “Eh tak menyusahkan ker? Kalau abang sudi Mira on je.” Balas Mira sambil ketawa. “Tak menyusahkan sayang.” Balas Syafiq. Mereka bertiga makan bersama pagi itu dengan penuh kegembiraan. “Syafil cepat sayang nanti lambat mummy dengan daddy.” Laung Syafiq memanggil Syafil yang terkial-kial memakai kasutnya. Sengaja mereka berdua biar Syafil menguruskan diri sendiri agar dia lebih berdikari nanti. Terkedek-kedek Syafil berlari kearah kenderaan milik daddynya. Syafil menaiki kereta sambil tersengih pada daddynya. Akhirnya mereka bertiga bertolak le nursery Syafil yang berhampiran dengan rumah.

“Morning everybody.” Sapa Mira pada teman sepejabatnya ketika baru menjengah diri di muka pintu. Ceria wajah Mira pagi ini menimbulkan kepelikkan teman sepejabatnya. “Aik Puan Mira ceria Nampak apa story ni.” Tegur Liza pada temannya. “Liza, I got good new taw.” Balas Mira. Tak sabar rasanya dia nak beritahu teman baiknya Liza. “Aku pregnant la.” Sambung Mira. “What? Congratulation Mira.” Balas Liza sambil memeluk tubuh Mira. Mira tersenyum sambil membalas pelukan temannya. Hari ini Mira lalui dengan penuh keceriaan. “Mira jom lunch aku belanja.” Pelawa Liza kepada Mira. “Betul jom.” Balas Mira sambil mengemas kertas-kertas yang beselerak di atas meja. Mereka berdua berjalan keluar dari pejabat untuk mengisi kekosongan di dalam perut. “Eh Mira baby kau dah berapa bulan. Aku tengok kau takde alahan apa-apa pon maintain je tak macam kau mengandungkan Syafil dulu.” Soal Liza pabila mereka sampai di kedai makan. “Dah 3 bulan, Liza. Aku pon tak tahu la maybe baby ni kesian kot tengok mummy dia sakit-sakit.” Jawab Mira dengan selamba diselangi ketawa kecil sambil mengusap perutnya yang kecil tu. Liza hanya tergelak kecil melihat temannya yang selamba je bagi jawapan. Mereka menjamu selera dengan penuh selera lebih-lebih lagi Mira maklumlah berbadan dua.







“Anak daddy sihat” soal Syafiq sambil mendekat mukanya pada perut Mira yang semakin besar. “Sekejap je kan bang Mira dah mengandung 7 bulan tunggu masa je.” Bicara Mira. “Ye la sayang tak sabar rasanya menunggu bidadari ni muncul memecahkan suasana dalam rumah ni.” Balas Syafiq. “Abang, memandangkan baby ni girl Mira nak letak nama Alanna Qish.” Bicara Mira. “Hmmm..Alanna Qish sedap nama tu abang setuju sayang.” Balas Syafiq. Akhirnya kedua mereka terlelap sambil menunggu hari kehadiran bidadari Alanna Qish.

“En Zaidi, saya rasa saya nak cuti dua bulan tanpa gaji. Saya tak berapa larat dah sekarang ni.” Soal Mira pada bosnya Zaidi tatkala dia menghantar dokumen yang bos dia inginkan. Bak kata pepatah menyelam sambil minum air. Mira teringat akan cadangan suaminya ketika Mira kelihatan begitu penat tiap kali pulang dari kerja. Tak sampai hati Syafiq melihat keadaan isterinya. “Hmm…baiklah Mira bila awak nak start cuti?” balas En Zaidi. Sesungguhnya dia tetap akan beri cuti pada Mira kerana Mira adalah staff terbaik di pejabatnya dan seorang staff yang berwibawa. Jarang sekali kerjanya tergendala walaupun sepanjang mana pon cuti Mira akan ambil. Tersentak Mira terdengar suara bosnya. Isyhh aku ni berangan pulak nanti tiba-tiba En Zaidi tak nak bagi cuti baru tahu. “Next week En Zaidi. Nanti saya siapkan kesemua kerja saya dan saya akan berikan pada Liza.” Mira membuka mulut setelah beberapa minit En Zaidi menunggu jawapan darinya. “Baiklah.” Balas En Zaidi. Mira keluar dari bilik bosnya menuju ke mejanya sambil menunjukkan sign ok pada Liza. Liza membalas dengan senyuman. “Liza, nanti aku handover semua kerja aku kat kau okey.” Bicara Mira. “Okey no problem tapi bila kau dah habis bercuti bersalin kau kena belanja aku tiga hari berturut-turut okey.” Balas Liza serentak gelak tawa mereka kedengaran. Mira mengangguk tanda setuju. Mereka meneruskan kerja mereka seperti biasa. Mira semakin tidak sabar menunggu kehadiran bidadarinya. Terasa begitu lambat bumi berputar pada orbitnya. Hari demi hari Mira menanti dengan penuh kesabaran. Teringat ketika dia bersama suaminya membeli pakaian bayi mereka kebanyakkan pakaian dipilih oleh Syafil kalau mereka tak nak ambil merengek la hero mereka tu kat kedai pakaian. Mira tersenyum sendirian. Syafil Nadime…kelak jagalah adikmu Alanna Qish sebaiknya seperti mummy dan daddy menjagamu. Alanna Qish adalah tanggungjawabmu wahai anakku Syafil Nadime. “Hey berangan ker mak cik.” Tegur Liza pabila dia melihat wajah rakannya tersenyum sendirian. Tersentak Mira sambil menjeling rakannya. Mira meneruskan kerjanya tidak menghiraukan teguran rakannya. Sekali sekala terasa pergerakan bidadarinya bergerak-gerak menukar posisi. Mira mengusap perutnya sebagai tanda sayangnya pada Alanna Qish. Dalam diam Mira bermonolog sendirian. Alanna Qish….jadilah anak yang soleh suatu hari nanti moga kehadiranmu sayang menambahkan lagi seri dalam syurga kita nanti. Sesungguhnya mummy,daddy dan abang Syafil tak sabar ingin menyambut kehadiran mu sayang. Mira terus melayan khayalannya sambil meneruskan kerjanya yang hampir siap. Masa untuk Mira mula bercuti juga hampir tiba jadi Mira terpaksa berkerja keras menyiapkan kesemua kerjanya agar tidak menyusahkan rakannya kelak.








Hari di tunggu semakin tiba. Makin hari Mira makin resah berbaur gembira. Lagi sebulan kehadiran bidadarinya akan tiba. Mira menghitung hari bila sampai harinya. Teringat Mira akan suaminya. Selama Mira mengandung sebarang kerja pon tak diizinkan Mira buat kerja rumah. Teringat ketika Mira cuba mengemas ruang tamunya.“ Isyh sayang ni biar abang yang buat sayang duduk je. Sayang kan dah sarat.” Bicara Syafiq tatkala melihat Mira mula mengemas. Mira tersenyum sendirian. Seperti permaisuri.

“Sayang.” Sapa Syafiq. “Tersenyum sendiri teringat siapa?” Tanya Syafiq pada isterinya ketika dia melihat isterinya tersenyum sendirian. “Takde pape saja teringatkan Syafil tu.” Balas Mira. “Kenapa dengan Syafil?” soal Syafiq sambil memikirkan apa yang tak kena dengan anak terunanya. “Takdelah Syafil ni dia tanya bila adik nak keluar. Kenapa adik duduk lama-lama dalam perut mummy.” Balas Mira sambil ketawa. “Habis mummy kata apa?”  Syafiq bertanya.
“Mummy katalah sabar la. Nanti adik keluar.” Balas Mira. Kedua mereka ketawa. Tiba-tiba Syafil datang meluru kea rah mereka lantas dipeluknya perut mummy yang sarat tu lalu di cuim perut mummy. “ Syafil buat apa ni sayang?” soal Mira yang agak terkejut dengan perbuatan Syafil. “Abang kiss adik.” Balas Syafil. Mereka tersenyum sesungguhnya Syafil amat menyayangi adiknya. Sejak Syafil dapat tahu Syafil aka nada adik Syafil mula bahasakan dirinya abang. Walaupun dia kecil namun dia cukup pintar. Pasti suatu hari nanti Syafil mampu menjaga adiknya.

Sembilan bulan berlalu…Mira hanya menunggu hari. Mira dimasukkan awal ke hospital kerana Syafiq risau akan keadaan isterinya. Syafiq setia menanti di kamar hospital menemani isterinya. Syafil pula dihantarkan ke rumah opahnya. Tiba-tiba Syafiq terasa genggan tangan isterinya semakin kuat. “Nape M ira?” soal Syafiq. “Abang panggil doktor baby nak keluar dah ni.” Jerit Mira menahan sakit. Syafiq terpandang air ketuban isterinya membasah katil. Dengan segere Syafiq memanggil doctor. Mira dibawa masuk ke labour room. Syafiq tidak putus berdoa agar anak dan isterinya selamat. Syafiq menunggu dengan penuh kesabaran. Tiba-tiba keluar dari labour room lalu tersenyum sambil menepuk bahu Syafiq. Setelah dua jam menanti dengan penuh kerisauan akhirnya segalanya terurai. Mira melahirkan seorang bayi perempuan yang sanagt comel. Lalu  Syafiq mengangkat bayi itu diazankan di telinga kanan bayi itu. Syafiq meletakkan bayi itu di dada Mira. Mira menyambut dengan penuh senyuman. Kun Fayakun...pada 24hb Ogos 2009, lahirlah seorang umat islam yg suci ke bumi Allah ini. Mira mengucup berulang kali Alanna Qish. Sesungguhnya kehadiranmu Alanna Qish memberi 1001 cahaya. Kehadiran mu hadir melalui Allah Subhanawataala.... Alanna adalah benih kasih sayang yang telah aku semai di dalam tubuhku selama 9 bulan tanpa pernah aku merasa payah atau jerih.
Alanna Qish……










Bagai mimpi ngeri menjelma. Mira terduduk sambil menangis tersedu bagai tidak percaya apa yang di katakana doctor ketika mereka dipanggil masuk ke bilik doctor. “Puan Mira, Encik Syafiq, Alanna mengalami komplikasi yang dipanggil ‘Gaucher disease’.” Terang doctor setelah mendapat tahu berita itu. Mira hanya mampu terdiam. “‘Gaucher disease’? Penyakit apa  tu doktor?” soal Syafiq sesungguhnya dia kurang faham tentang penyakit itu. “‘Gaucher disease’ adalah di anatara penyakit metablik yag jarang dikesan tetapi mampu menggangu kualiti kehidupan dan tumbesaran individu itu. Statistik menunjukkan hanya 6,000 orang di dunia sehingga kini didiagnos menghidap penyakit ini dengan nisbah 1:50,000 orang. Di Malaysia pula, nisbahnya adalah satu dalam sejuta orang. . Punca utama masalah ini adalah kekurangan sejenis enzim iaitu ‘Glucocerebrosidase’ yang bakal menganggu fungsi beberapa organ utama.”terang doktor pada mereka. “Individu dengan gejala ‘Gaucher’ akan mudah berasa letih dan akan mengalami pembesaran atau bengkak pada perut dan hati, kerapuhan pada tulang yang juga adakalanya membawa pada pendarahan” sambung doktor.

Mira menangis tatkala merenung kelihatan tidak bermaya sungguh sebak hati Mira. Alanna Qish kamulah seorang anak yang tabah hadapi perjalanan hidupmu. “Mira.” Sapa Syafiq. “Banyakkan bersabar. Insyaallah Alanna akan okey. She too strong like u sayang.” Pujuk Syafiq. “Abang, Mira sedih sangat tengok keadaan Alanna. Mira tak tahu nak buat apa lagi.” Bicara Mira dalam tangis. Doktor masuk ke dalam bilik Mira. “Puan Mira kamu boleh balik bersama bayi awak hari ini.” Beritahu doktor. “Mira, abang kemas pakaian ye.” Bicara Syafiq. Mira membantu serba sedikit suaminya. Mira cuba tabahkan diri untuk berhadapan semua ini. Mira percaya ini dugaan dari Allah SWT buat mereka sekeluarga.

Mereka tiba di perkarangan rumah terlihat Syafil dan ibu Mira menanti di depan pintu menyambut kepulang bidadari Alanna Qish. Mira masuk dan meletakkan Alanna di tilamnya. Syafil merenung adiknya penuh makna lalu diusap dan dikucup ubun adiknya. Mira menanging lalu berkata “Adik sakit sayang.” Syafil hanya merenung adiknya tanpa sepatah kata. Hari berlalu dengan pantas tanpa Mira sedari. Tahun 2010 menjelang tiba. Kehadirana Alanna juga banyak mengajar Mira penuh kesabaran dan kekuatan. Selepas Mira bersalin, Mira mengambil keputusan melepaskan jawatannya kerana Mira mahu fokus pada Alanna. “Alanna sayang jom mandi.” Biacara Mira sambil mengangkat Alanna. “Alanna bidadari mummy banyak ajar mummy erti sabar,kuat.kasih sayang.” Mira berbicara dengan Alanna. Alanna merenung mummynya seolah memahami. “Mummy sayang Alanna.” Sambung Mira. Hari ni Alanna terpaksa MRI brain scan. Mummy dgn daddy gementar dan takut melihat Alanna namun Alanna terlalu tenang hingga mampu tersenyum pada kami. Ya Allah…Alanna sungguh tabah kamu hadapi dugaan hidupmu.









Hari ini 9hb Mac 2010... pukul 9.30pg.. buat pertama kalinya daddy , mummy membawa Alanna ke HSB untuk menjalani fisioterapi...Tujuan fisoterapi ni adalah untuk Alanna belajar berdikari, mampu berdiri dengan kaki sendiri. Alanna menangis namun Alanna tetap kuat menjalani fisioterapi ini. “Alanna kuat sayang.” Sorak Syafiq ketika melihat Alanna. Mira hanya mampu tersenyum melihat Alanna. Teringat ketika suaminya bertanya pada Mira kenapa Alanna Qish dipilih lalu Mira berkata “ Alanna bermaksud kami melunakkan manakala Qish bermaksud dalam keadaan baik.” “Hmmm bijak isteri abang memilih nama sepadan sangat.” Syafiq memuji isterinya. “Memang sepadan bang, moga kehidupannya dalam keadaan baik.” Balas Mira. “Mira” panggil Syafiq pabila melihat Mira termenung jauh. Tersentak Mira tatkala namanya dipanggil. “Mira ok? Apa yang dimenungkan tu?” sambung Syafiq. “Takde pape bang.” Balas Mira sambil tersenyum lalu Mira bangun menghampiri Alanna. “Puan Mira, setiap bulan Puan kena bawa Alanna menjalani terapi agar segala otot Alanna dapat berfungsi dengan kuat.” Terang doktor Munirah pada Mira ketika mereka mahu berangkat pulang. “Baiklah doktor terima kasih.” Balas Mira sambil memesuki perut kereta.

Pagi ni jenuh Mira menjerit satu rumah menyuruh Safil mandi sampai la kena kata “Cepat mandi barney suruh mandi.” Barulah Syafil pergi mandi. Alanna pula Mira mandikan dengan air pandan agar klembut sedikit otot Alanna. Teringat ketika dia berjumpa dengan Kak Ima. “Mira cuba mandikan dengan air pandan bagi lebut otot Alanna.” Bicara Kak Ima. “Baiklah kak.” Balas Mira. Selesai je mandi Cik Alanna dipakaikan pampers dan disarungkan baju rompers kesukaan Mira. Tak lupa juga bedak buat Alanna dan Syafil. “Dah settle semua Mira?” soal Syafiq yang kelihatannya sudah siap. “Sudah. Jom” balas Mira sambil mendukung Alanna. Kami bertiga bergerak ke Hospital Sungai Buloh kerana hari ni ahri kedua fisioterapi Alanna. Setiba di hospital, Syafoq mendaftar di kaunter kemudian kami di bawa masuk gym. “Alooo..comeynyer Alanna hari.” Sapa doktor Munirah. “Like mom like daughter  la doc.” Mira berseloroh. Mereka ketawa tak ketinggalan juga Alanna yang sibuk juga nak ketawa. “Comes Alanna we start it.” Bicara doktor Munirah sambil mendukung Alanna. Mira mengambil tempat duduk berdekatan dengan Alanna. “Mira, Syafiq..Your Alanna ada improvement. She can roled over and stopped.” Bicara doktor Munirah. Alanna juga mampu  mengangkat leher melihat keindahan gym selama 3 minit. “Very good head control.” Laung doktor Munirah. “Good job Alanna.”  Bicara Mira sambil mengucup kening Alanna. “Alanna memang kuat semangat sayang.” Sambung pula Syafiq sambil memegang bahu Mira. Syafil pula menepuk tangan meraikan kejayaan Alanna. Tiba-tiba Alanna merengek menangis. Nampaknya bidadari kecil ni dah penat berusaha campu lapar dan ngantuk. “Okey Alanna, sampai disini sahaja terapi kita. Jumpa next time okey Alanna.” Bicara doktor sambil menyerahkan  Alanna pada Mira. Alanna hanya tersenyum sebagai  tanda terima kasih kepada doktor Munirah. “Terima kasih, doktor.” Balas Mira sambil mencapai Alanna. Mereka berlalu pergi.









6hb April 2010 adalah temujanji Alanna dan yang paling penting keputusan ujian MRI Brain Alanna yang dijalankan tempoh hari. Keputusan MRI adalah sesuatu yang mengejutkan..dan Mira juga tidak pernah terfikir akan berlaku sesuatu keajaiban.Walaupun setiap hari Mira berdoa agar Allah menunjukkan kekusaaNYA. NORMAL.Mengejutkan bukan?? MRI Brain Alanna was officially normal.Brain Alanna sama mcm brain mummy dia...pluss all the blood test was also NORMAL yang lainnya masih pending… “Mira, Alanna perlu dimasukkan ke dalam wad Pediatrik.” Terang doktor. “But why doctor?” soal Mira. “Dear, anak u sangat kurus..underweight..& she's having dis poor sucking thing. Trust me if she is admitted..everything will be better..we'll give her a rest tube
feeding...ok?” terang doktor. “By the way berat badan Alanna pon merosot it was 4.8kg @ 7 month, Mira. Tambahan lagi batuk Alanna yang menyebabkan sesak nafas dan muka menjadi biru.” Sambung doktor. Pada mulanya Syafiq dan Mira enggan namun selepas diterang keburukannya jika Alanna menyusu menggunakan botol, akhirnya mereka pasrah. “Sabar sayang.” Hanya itu yang mampu meniti di bibir Syafiq sambil mengusap bahu Mira. Petang 6/4/2010, kami pun membawa Alanna check in ward 8c, Pediatric Unit of Hospital Sungai Buloh.  Maafkan mummy Alanna…..

Agak terkejut baru 3 hari Alanna di sini, Alanna dimasukkan ke dalam ICU, HKL kerana keadaan Alanna lemah dan kritikal. “Ya Allah please save my son.” Doa Mira. Selepas beberapa hari keadaan Alanna kembali normal. Mira setia menemani Alanna lebih menggembirakan bila doktor kata “Susu Alanna sudah dinaikkan kepada 60ml - 3hourly.” Tatkala ini Mira rasa gembira anak yang dikandungkan 9 bulan ditatang selama 7.7 bulan akhirnya kembali ceria. “Syukur Alahamdulillah.” Hanya ini yang mampu Mira katakana. Syafil pabila bangun dari tidur, Alanna yang akan Syafil cari baru lah mummy dan daddy. Sepanjang Alanna di wad, Syafil sering kali bertanya pada daddynya bila adik nak balik mungkin Syafil rindu pada Alanna.
“Alanna anak yang 'adventure'.Kerana Alanna lah mummy dapat rasa naik Ambulance. Kerana Alanna lah mummy dapat kesini-sana.Terima kasih Alanna.Mummy tidak pernah menyesal melahirkan Alanna.Semakin lama semakin menebal rasa sayang mummy kepada Alanna.
Syukur Alanna diutuskan kepada mummy dan tidak kepada ibu lain...kerana mungkin hanya mummy sahaja yang dapat memberikan kasih sayang yang terbaik buat Alanna.” Mira bermonolog sendirian.

Hari kelima di HKL, 12 malam tadi Alanna diserang sawan lagi.Kecewa sungguh rasa di hati.Tak dapat nak gambarkan perasaan apabila memandang tubuh Alanna yang bagaikan disentak-sentak.Dengan kedua-tangannya digenggam malah kedua belah kakinya turut ditujah-tujah. Lama juga, dalam lebih kurang 15 minit.Selepas diberikan bantuan oksigen Alanna semakin reda..tetapi pernafasannya laju dan tercungap-cungap dan berterusan sehingga ke subuh.Akhirnya Alanna tidur sendiri. “Ya Allah selamatkanlah Alanna.” Doa Mira ketika melihat Alanna tidur dengan nenyak.







Ketika doktor datang melawat. “Puan Mira, Encik Syafiq, saya cadangkan agar kamu berdua membeli sebuah mesin ‘suction’ untuk Alanna untuk mengelakkan Alanna lemas dengan kahak dan air liurnya sendiri.” Terang doktor. Mira terpaksa belajar cara-cara melakukan suction agar mudah Mira melakukannya dirumah. “By the way, Alanna perlu diberi makan dan minum melalui tiub untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada pernafasan Alanna.Ia juga untuk mengelakkan paru-paru Alanna dari terkena sebarang jangkitan.” Terang doktor lagi sebelum berlalu meninggalkan kedua mereka.

Sekali lagi Mira dikejutkan. Alanna dimasukkan ke dalam ICU kerana kesukaran bernafas. “Subhanakka inni ..kuntu minazzolimin...” ucap Mira tatkala melihat Alanna tercungap-cungap. Mira menangis melihat keadaan Alanna yang penuh dengan tiub. Sungguh besar dugaan mu wahai Alanna Qish. Setelah beberapa lama di ICU, Alanna dibawa keluar dan diletakkan semula di wad. Awal pagi tadi Mira lihat Alanna sedang tidur dengan nyenyak sekali.. pasti dia sedang bermimpi bermain dengan para bidadari... rehatlah sayang..

“Abang, sampai bila harus Alanna keluar masuk ICU.” Soal Mira pada suaminya. “Sabar , semua ni dugaan buat kita.” Terang Syafiq. Pagi Jumaat yang indah bersamaan 23hb April 2010, Mira bangun, mandi di HKL dan bergegas untuk berjumpa Alanna di PHDW. Sebaik sahaja masuk dari jauh Mira nampak Alanna baring restless mcm mengantuk sangat...mata kuyu..Tapi macam tak boleh tidur... Mira tahu Alanna baru sahaja dimandikan oleh nurse-nurse yang bertugas pada pagi itu. Lantas Mira mengambil lotion dan minyak Johnson untuk disapukan ke seluruh badan Alanna yang sudah mulai kering dan mengecut kerana berat badanya yang makin susut itu.
Selesai sudah...Mira pun menyelimutkan Alanna, mengucupnya dan meninggalkannya buat seketika untuk sarapan di ward.”Mummy pergi tak lama...dalam half an hour mummy datang balik jenguk adik” bicara Mira pada Alanna. Tapi alangkah terkejutnya Mira bila melihat ramai staffnurse mengerumuni Alanna, terdetik seolah ada perkara yang tidak baik berlaku
tapi Mira nak sedapkan hati “Mungkin diorang tgh suction Alanna dengan chest fisio.” Mira bermonolog sendiri.

“Alanna sesak nafas” beritahu salah seorang nurse yang berada di situ. Mira terduduk di kerusi.
Seolah-olah apa yang berlaku dihadapannya bagai mimpi.
Baru sekejap tadi Alanna ok...Mira lihat salah seorang drpd nurse itu masih memegang tiub suction. Barulah Mira paham mereka sedang buat suction pada Alanna tapi terhenti kerana Alanna dissect. Maafkan mummy meninggal Alanna tadi.

SPO2 Alanna makin lama semakin menurun..Mira puas memberi Alanna semangat namun Alanna lemah dan semakin lemah..Alanna semakin biru dan tercungap-cungap..
Sedih sungguh mengapa nasib Alanna begini...bukan ke baru sebentar tadi dia tidur dengan aman.. “Kalau mummy tahu mummy takkan tinggalkan mu sayang...walaupun buat seketika” Mira bermonolog sendirian. Mira hanya mampu melihat dari jauh dan berdoa agar Alanna selamat.Ya Allah Ya Tuhanku..bilakah semua ini akan berakhir?





“Hari ini Alanna dibenarkan keluar hari.” Beritahu doktor. Mira berasa amat gembira apabila mendengar berita dari doktor. “Betul ke doc.” Balas Mira bagai tidak percaya sambil menggenggam tangan suaminya. “Betul. Alanna menunjukkan tandan-tanda positif  jadi Alanna dibenarkan pulang.” Terang doktor. “Jika Alanna sesak nafas lagi.” Syafiq bertanya pada doktor risau jika Alanna mengalami sesak nafas seperti beberapa hari lepas. “Seperti saya cadangkan, supaya membeli “suction” mesin lagipun Puan Mira dah belajar bagaimana menggunakan mesin tersebut.” Terang doktor. Mereka berdua menangguk.

“Alanna sayang, hari ni Alanna akan pulang. Boleh la Alanna main dengan abang Syafil.” Bicara Mira pada Alanna sambil mengusap Alanna. Mira dan Syafiq bersama-sama mengemas barang Alanna. “Okey dah siap. Mira, ada apa-apa lagi yang tertinggal ker?” Tanya Syafiq pada Mira.Mira hanya menggeleng sambil mendukung anaknya Alanna. “Jom balik.” Bicara Mira sambil berlalu meninggalkan katilnya. Alangkah tidak sabar mereka untuk membawa pulang bidadari mereka untuk menyerikan lagi rumah mereka. Di rumah Syafil menanti adiknya di muka pintu. Tetiba Syafil berlari kearah pagar setelah mendengar bunyi kereta daddynya. “Syafil nak jemput adik ker?” Syafiq bertanya pada Syafil yang tersengih menanti adiknya. Syafil mengangguk seperti burung belatuk. Mira turun bersama Alanna sambil tersenyum. Mereka bertiga mengiringi bidadari kecil masuk ke istana mereka.  Moga bertambah seri isi rumah ini dengan kehadiran Alanna Qish….

Malam itu mereka bermain dengan Alanna. Alanna seolah-olah sihat tanpa penyakit. Alangkah berseri muka Alanna. Alanna mengenggam jari Mira. Menitis air mata Mira melihat genggaman Alanna. Terasa suatu perasaan yang tidak boleh digambarkan. Syafiq mengenggam bahu Mira sambil bertanya “Kenapa sayang. Mira okey ker?” “Mira okey cuma gembira melihat Alanna kembali disisi kita.” Terang Mira. Malam itu mereka bermain hingga Alanna tertidur. “Nanti weekand kita bawa Alanna keluar jalan-jalan okey tak.” Cadang Syafiq. Selama Alanna wujud di bumi Allah SWT sehari pon belum pernah mereka keluar bersama Alanna. Hidup Alanna hanya di hospital sepanjang kelahirannya. “Okey juga. Abang, jom kita tidur.” Balas Mira. Syafiq mengangkat Syafil manakala Mira mengangkat Alanna masuk kedalam bilik tidur mereka. Malam itu mereka berempat tidur bersama. Mira mengusap kepala Alanna kemudian kepala Syafil. Mira rasa gembira teramat sangat. Akhirnya keluarga mereka dapat bersama.  “Mira, kenapa tak tidur lagi?” Syafiq bertanya pada Mira. “Belum rasa mengantuk lagi.” Balas Mira. “Kenapa Mira?” Syafiq bertanya lagi. “Mira gembira ada anak seperti Alanna. Alanna begitu kuat menentang sakitnya. Alanna juga banyak ajar mummy Alanna erti kesabaran, ketabahan dan kekuatan.” Terang Mira. “Abang pon gembira dapat bidadri seperti Alanna dan gembira ada mummy Alanna yang kuat dan tabah.” Balas Syafiq sambil mengucup ubun-ubun Mira. Mereka berbual hingga mereka tertidur sambil memeluk kedua cahaya mata mereka. Malam itu menjadi malam permulaan mereka hidup bersama Alanna. Alanna seoarang anak yang tabah dan kuat. Tanpa Alanna mummy dan daddy tidak akan jadi sekuat ini. Namun Alanna seorang anak yang istimewa yang dianugerah dari Allah SWT buat keluarga mereka. Alanna, mummy.daddy dan abang Syafil sayang sangat pada Alanna Qish……





Sebulan berlalu dengan pantas, Alanna kelihatan semakin sihat. “Abang Syafil buat apa tu” tegur Mira tatkala melihat Syafil leka menulis sesuatu. “ Abang lutis gambar adik,mummy,daddy dan abang.” Balas Syafil sambil menangkat lukisannya. “Cantiknyer abang lukis. Cantik tak Alanna?” balas Mira sambil menunjukkan pada Alanna. Alanna tersenyum sambil ketawa mengepak-ngepak tangannya seolah-olah gembira melihat lukisan abangnya. Mira memeluk Syafil sambil mengembalikan lukisan Syafil. “Abang, lately ni Syafil suka melukis.” Bicara Mira ketika sedang menikmati minum petang. “Yeker? Pandainya Syafil lukis.” Balas Syafiq. Mira menangguk sambil memanggil Syafil.”Syafil” laung Mira. Syafil datang terkedek-kedek. “Syafil ambil lukisan Syafil tunjuk pada daddy.” Suruh Mira pada Syafil. Syafil mengangguk sambil mencium pipi Alanna. Alanna tersenyum. Syafil berlari ke biliknya. Selang beberapa minit Syafil muncul dengan beberapa lukisan di tangannya. Syafil memberikan lukisannya pada daddynya.”Wah…cantiknya abang Syafil lukis. Pandai anak daddy. Nanti besar boleh lah jadi arkitek.” Puji Syafiq sambil mengusap kepala Syafil. Tiba-tiba Alanna menepuk tangan. “Abang, Alanna tepuk tangan lah.” Bicara Mira. “Alanna suka lah tengok lukisan abang Syafil.” Balas Syafiq. Mereka bermain dengan Alanna terasa setiap hari setiap detik hanya milik mereka bertiga. Engkaulah bidadari yang membawa cahaya kepada kami wahai Alanna Qish…….Moga cahaya itu bersinar selamanya…

Namun siapa sangka kebahgian yang baru mereka kecapi di ragut tanpa mereka sedari. Hari ini Sabtu, bersamaan 5 June 2010, Alanna Qish telah kembali ke Rahmatullah....Mira menangis melihat sekujur tubuh kecil dihadapannya. Syafil duduk di sisi mummynya sambil menangis siapa sangka cahaya itu hilang sekelip mata. Syafiq diam tidak terkata. Syafiq cuba menyibukkan diri menguruskan hal pengkebumian Alanna Qish. Syafiq tidak mahu kelihatan sedih dihadapan Mira dan Syafil. Syafiq cuba tabahkan hatinya agar dapat member kekuatan pada Mira dan Syafil. Di tanah pengkebumian Syafil bertanya “ Adik gi mana daddy?” “Adik dah takde sayang. Allah sayang adik jadi Allah ambil adik. Tapi adik tetap di hati kita.” Terang Syafiq pada anaknya sambil meletakkan jari di dada Syafil. Syafil megangguk seolah memahami. Syafiq menggenggam bahu Mira. Mira memandang suaminya sambil membalas genggaman itu. Mira bangun lantas memeluk suaminya. “Abang kenapa Alanna pergi meninggalkan kita. Belum puas kita menjaganya.” Bicara Mira. “Sayang. Ini semua takdir Allah. Kita harus terima qada dan qadar darinya. Allah SWT lebih sayang Alanna Qish. Mira kena kuat kerana Alanna sentiasa ada di sisi kita tanpa kita sedari. Abang percaya Alanna juga mahu mummyna kuat dan tidak sedih akan pemergiannya. Mira mengertikan.” Balas Syafiq sambil membalas pelukakan isterinya. Mira mengangguk memahami. “Alanna Qish…mummy akan sayang Alanna hingga hujung nyawa mummy. Tiada siapa mampu gantikan bidadari mummya yang banyak mengajar mummy erti kehidupan yang sebenar. Sesungguhnya bidadari kecil ini memberi cahaya buat mummy. Alanna Qish…nantikan mummy di pintu syurga. Alanna Qish genggamlah tangan mummy sepertimana Alanna Qish genggam tangan mummy temph hari. Pimpinlah mummy,daddy dan abang Syafil ke pintu syurgamua sayang. Mummy sayang Alanna Qish sepenuh hati.” Mira bermonolog sendirian sambil memandang kubur Alanna Qish. Mereka berlalu pergi tatkala air hujan membasahi bumi seperti bersama-sama menangis melihat permergian biadadari Alanna Qish. Moga Allah SWT mencucuri rahmat buatmu Alannn Qish………………




Sebulan berlalu, Alanna tetap segar dalam ingatan. Tiba-tiba, Syafiq dan Mira tedengar suara Syafil menangis. Mereka bergegas ke bilik Syafil. Mira memegang dahi Syafil. “Syafil demam” bicara Mira. “Jom kita pergi hospital.” Balas Syafiq sambil mendukung Syafil. Mereka segera ke hospital. Ketika di hospital, Syafil merayu cakap jangan sentuh dia. “Abang tak tatit.” Bicara Syafil. “Siapa yang sakit?” Tanya doktor. “Mummy yang sakit.” Balas Syafil. Masa tu Mira tak tahu sama ada nak ketawa atau tidak. Mummy tahu abang tak buat lawak sebab abang cakap sambil menangis. “Puan Mira jangan risau Cuma tonsil Syafil bengkak sebab tu dia demam sampai menggigil.” Beritahu doktor. Mira berasa lega. “Alanna jangan risua ye abang Syafil okey” Mira bermonolig sendirian seolah dia dapat rasa Alana ada disisinya sambil risau akan keadaan abangnya.

Ketika berlalu di hadapan Institut Paediatrik, hati Mira sayu sgt. Kali ni kami lalu tapi tak singgah... tak masuk.. tak jenguk.. tapi bila tengok entrance lobby tu Mira dah terbayang sayup mata Alanna sedang memandang Mira tanpa berkelip. Mira gerak kekanan…5 minit kemudian baru mata Alanna ikut kekanan selepas itu terlihat Alanna sengih... baru jumpa lah tu....

“Rindunya.. mummy rasa macam nak masuk kejap dalam ICU tu... jenguk adik ada tak?? manalah tahu kuasa tuhan tiba-tiba.. mummy ternampak adik terbaring kat katil tu lagi.. Kun fayakun kan??? Diputarnya waktu itu kembali... tapi mustahilkan dik... adik dah tiada...carilah kat mana-mana pun memang takkan jumpa lagi... kalau rindu kat adik ..mummy peluk abang..cium abang tapi abang bukan adik abang tetap abang” Mira bermonolog sendirian.

Khayalan Mira dikejutkan oleh suara Syafiq “ Bye adik” bicara Syafiq sambil melambai kearah Institut Paediatrik tu...Masa tu Mira tidak dapat nak tahan lagi airmata ini akhirnya tumpah jua airamata yang sekian lama ditahan. “Tempat yang meninggalkan seribu kenangan pahit dan manis... Dan antara yang terpaling indah sepanjang hidup mummy didunia ini...walaupun adik dah tiada kenangan hidup... mandi.. basuh kain... makan... tidur... nangis... ketawa... bergaduh dgn doktor dekat bangunan hospital lama tu masih segar dalam ingatan mummy.” Sekali lagi
Mira bermonolog.

Tanpa sedari Mira pun mengangkat tangan melambai tapi Mira tak tahu nak lambai siapa.Masa tu pukul 4 pagi. Lobby kelihatan lengang sunyi tanpa siapa di situ .“Mummy harap adik nampak mummy lambai adik. Tak mengapalah dik biarpun perit,biarpun pedih mummy pendam sahaja kerinduan ini sehingga kita bertemu lagi sayang..Mummy sayang adik sangat... adik tanya DIA... DIA tahu mummy sayang adik banyak mana.... sebab itu lah DIA hantar adik pada mummy... sebab hanya mummy yang mampu sayang adik sebanyak itu” Mira bermonolog dengan harap Alanna Qish mendengar bicara hatinya. Disaat ini setiap permulaan hidup Alanna Qish hingga selamanya Mira abadikan dalam tiap blog yang Mira cipta sejak lahirnya Alanna Qish hinggalah Mira tidak mampu menulis menulis lagi namun. Tiap cerita pahit, manis, kerinduannya akan Mira kongsi didalam blognya mayyonnizz.blogspot.com.

Karya Tya Shea adaptasi dari cerita sebenarnya dari seorang kawan.

P/S: Maaf shea tujukan pada mummy Alanna jika cerita ini tidak sempurna seperti kisahmua. Shea cuba terbaik mungkin dan cuba hayati tiap perasaanmu namun shea masih belum sempurna sepertimu. Shea mencuri tiap masa istirehat shea demi menyiapkan cerpen ini agar ia tetap segar di ingatan shea. Moga cerpen ini shea dapat kongsi tiap rasa mu itu bersama teman yang lain. Terima kasih shea ucapkan buat mummy Alanna kerana sudi beri kebenaran untuk shea menulis cerita ini. Jika tidak sempurna berikan shea tunjuk ajar dan berikan teguran agar kesilapan dan ketidaksempurnaan ini diperbaiki...Salam ikhlas buat shea kepada pembaca. Al-Fatihah buat adik Alanna akan akak shea doakan tiap perjalananmu disana. Salam sayang buat adik Alanna Qish

0 comments: