BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Backgrounds »

Thursday, November 24, 2011

Trofi Lagu Terbaik AIM18 Yuna ditarik balik????

Hari ini shea terbaca baca satu artikel tentang Yuna..1stly shea tak percaya tapi bla dibaca memang sahih la cerita tu...Hari ini, industri digemparkan lagi dengan kontroversi dan kali ini ia terjadi kepada singer-songwriter berbakat besar, Yuna.Sudah pastinya hitmaker lagu DAN SEBENARNYA pasti rasa terkilan apabila trofi lagu terbaik yang dimenanginya dalam Anugerah Industri Muzik (AIM18) sebagai Lagu Terbaik Keseluruhan menerusi lagu Penakut ditarik balik! Perkara ini juga turut diakui oleh Yuna sendiri

"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut", kata Yuna yang mengesahkan khabar tersebut menerusi laman Twitter miliknya, pada tengah hari semalam.

Menurut pihak pengajur penarikan tersebut disebabkan kesilapan pengiraan markah. Bahkan dikhabarkan trofi itu akan diserahkan kepada pencipta serta penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.
Wajar ke pihak penganjur alasan yang telah diberikan oleh pihak penganjur sedangkan di dalam terma dan syarat pertandingan dah termaktub, bahwa segala keputusan adalah muktamad.

Bagi Yuna kemenangannya ini bukanlah sekadar mahu menang award tapi ini bagai satu bonus terhadap Yuna atas usaha gighnya  serta menjadi pembakat semangatnya dalam meneruskan Yuna mencipta karya yang lebih baik dalam masa hadapan..

Apa pihak penganjur ingat ni main sorong papan tarik papan ke apa? Di mana letaknya kewibawaan para juri profesional yang telah dilantik itu?Atau apakah 'keputusan tiba-tiba' ni semata mahu menutup kesilapan mereka. Kerana sebelum ini laporan akhbar ada menyatakan berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Bukan nak menyebelahi Yuna tapi  ini menjatuhkan maruah industri hiburan tanah air kita. Bagaimana... setelah penganjur sendiri yang mengiktiraf Penakut dan telah pun diterima ramai, tapi tiba-tiba pengiktirafan itu dirampas semula!
Kalu benar pon mereka ada lakukan kesilapan, kenapa tidak  let it go jer(bak Omputih la) dan perbaiki kelemahan sistem penjurian itu dimasa hadapan. Bukan dah bagi lepas tu ambil balik, itu buruk siku namanya...

Apa-apa pun pihak penganjur akan mengadakan sidang akhbar  bagi menjelaskan kesulitan yang berlaku..


Kepada Yuna janganlah mengalah dalam menghasilkan karya-karya berseni anda kerana anda adalah wanita bertudung yang Pertama mengharumkan industri muzik di seluruh negara luar..I'm very proud of you.....

0 comments: