BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Backgrounds »

Monday, September 27, 2010

Puisi Sepi..

Ku bisik pada bulan,
Ku bisik pada bintang,
Kembalikan temanku,kekasihku,syurga cintaku,
Tanpa dia malam jadi kelam,
Sepi menemaniku,
Sepi memelukku,
Bulan jangan biar siang berganti,
Biar malam menjadi kelam,
Biar ia sepi sepertiku,
Sepi menyelubungi,
Menjadi teman sepanjang malam,
Kemana pergi yang dicari,
Kemana hilang yang dimiliki,
Hanya sepi terus menyepi.


Karya Tya Shea
27hb Sept 2010
9:38pm

Wednesday, September 22, 2010

Islam itu INDAH

Islam itu indah malah lebih mudah dan ringkas. Tidaklah terlalu sukar seperti yang sering diperkatakan oleh orang bukan Islam. Siapa kata Islam itu sukar?? Disini saya ingin berkongsi serba sedikit pendapat saya tentang Islam yang bakal membuka mata seluruh manusia baik Islam atau bukan Islam. Ramai yang menyatakan PUASA itu susah sukar tapi sedarkah kita ia sebenarnya BONUS bagi kita. PUASA bukan sahaja menahan kita dari lapar dahaga dan nafsu tetapi mendisiplinkan kita serta membuat kita lebih prihatin dan peka terhadap organ dalaman kita. Setelah 11 bulan kita makan minum tanpa mengira masa serta kualiti makanan tanpa menghiraukan organ dalaman kita. Tidak salahkan jikalau kita berpuasa sebulan untuk merehatkan organ dalaman kita. Organ dalaman adalah organ yang paling penting bagi tubuh kita umpama mesin yang menggerakkan sesebuah kompenan. Jika mesin itu rosak mampukah sesebuah kompenan itu bergerak??? Begitulah juga badan kita yang memerlukan organ itu. Bukan sahaja dapat merehatkan organ tetapi dapat juga mengamalkan DIET. Tahukah kita bahawa DIET yang mujarab adalah PUASA??? Oleh itu kita disarankan supaya berbuka secara bersederhana seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Tetapi itulah yang sering ditinggalkan oleh kita. SOLAT sering diambil mudah oleh golongan Islam sekarang tetapi sedarkah kita ia adalah satu perbuatan yang mudah, tidak sesukar seperti yang diperkatakan oleh orang bukan Islam. SOLAT 5 waktu yang diturunkan untuk kita bukanlah sukar malah ia merupakan satu senaman yang tidak memerlukan modal beratusan RM. Semakin kerap kita melakukan SOLAT semakin dekat diri kita dengan Allah SWT dan semakin kerap kita berhubung dengan Allah SWT. SOLAT banyak menenangkan kita tatkala marah melimpah ruah. Dikala keresahan dan kekeliruan menghantui diri SOLAT banyak membantu. Tidakkah ini satu kebaikan yang menawarkan ganjaran yang lumayan di akhirat kelak? AL-QURAN sebuah kitab yang membawa seribu satu makna yang tidak mampu dirungkai oleh mana-mana pihak namun sedih di zaman yang serba moden AL-QURAN dihenjakkan bagai buku yang tiada makna. Disebalik AL-QURAN disitulah terletak ketenangan yang dicari. Alunan bacaan surah di dalam AL-QURAN membuat kita lebih tenang ketika kita resah dan sedih. Namun di zaman canggih ini alunan muzik yang bingit menjadi pilihan untuk mendapatkan ketenangan tetapi tidakkah kita sedar alunan muzik itu hanya mampu memberi ketenangan yang sementara bukanlah kekal selamanya. Tetapi alunan bacaan surah di dalam AL-QURAN akan memberi lebih ketenangan yang kekal selamanya. Bukan itu yang terbaik?? BERTUDUNG sering dikatakan panas low fesyen tapi sedarkah kita melalui BERTUDUNG kita dapat mengurangkan pandangan serta jelingan lelaki gatal yang mendambakan seks. BERTUDUNG membuatkan kita lebih selesa bergerak ke sana ke mari tanpa memikirkan keadaan yang membahayakan seperti yang akan berlaku pada wanita yang berpakaian seksi tanpa menutup aurat. Menutup aurat juga serba sedikit dapat membantu mengurangkan kes rogol yang semakin berleluasa bukan ini yang kita mahu sebagai seorang WANITA??? Seks rambang yang sering diamalkan orang bukan Islam tetapi diharamkan dalam Islam. Ini kerana untuk mengelakkan masalah keturunan, merosak keturunan, menghancurkan rumahtangga, meretakkan perhubungan, meluasnya penyakit kelamin, kejahatan nafsu dan merosotnya akhlak. Bukankah Islam banyak menitikberatkan kesihatan selain menjaga akhlak serta peribadi. Apa sahaja perbuatan wajib dan sunat yang kita amalkan dalam Islam banyak memberi 1001 manfaat serta menawarkan ganjaran pahala buat kita. Bukankah Islam itu indah dan mudah diikuti???? Islam tidak memiliki peraturan yang sukar untuk dipatuhi tetapi memberi ketenangan yang azali yang tidak dapat dimiliki dari mana-mana agama selain dari agama ISLAM…

Waallahualam……


p/s: Maaf kalu penulisan ini memiliki 1001 cacat cela kerana shea baru mendalami dan memahami serba sedikit tentang Islam walaupun shea Islam tapi kekurangan masih ada. Harap yang mana silap tolong perbetulkan moga pembetulan itu mampu memperkuatkan penulisan shea dari hari ke sehari…..

Monday, September 20, 2010

Thanks PD~~~~~~~

Monday 20th Sept 2010 12:47am

Shea rasa happy sgt...Shea da berbaik semula dgn my bucuk...No more gado...U all nak tahu...On saturday he bring me to PD...Saat yg amat romantik buat kami..Disaat tu kami mencari semula bahgia yang hilang tu disebalik desiran pantai dan angin yg tenang...Laut Teluk Kemang menjadi saksi dua hati menjadi semakin rapat...Saat romantik yg takkan shea lupakan..Sememangnya si dia mmg pandai memujuk ht shea...Walaupun dia nampak agak grg but he so romantic..Shea happy sgt bila bersama dia..Segala salah faham kami semua dah dibawa pergi bersama angin pantai...Syg sesungguhnya shea amat mencintaimu....

*gambar ketika kami baru sampai di Teluk Kemang

*Excited gila my bucuk masa sampai kat tepi pantai

*wajah ketika menikmati angin pantai besh giler......

Suddenly.....my bucuk ajak shea g beli suar pendek&t-shirt..I thought dia men2 tapi xtahu dia serius...Oh no...dia betul2 nak mandi kat pantai tu..Memang unexpected...Gila btol...Tgk sebelah kiri gambar my bucuk yang excited mandi..Heheheheh da mcm kepala penyu dah shea tgk...heheheheheee
Keindahan pantai kami nikmati bersama...Dah xkisah pandangan org disekeliling...Thanks Teluk Kemang,PD kerana kembalikan kebahgian kami..Moga segalanya berkekalan.......

*Akan shea abadikan semua ni dalam sejarah percintaan kita.....

Friday, September 17, 2010

Kolotkah Aku??????

Monday 17th Sept 2010 3:46pm

Kolotkah aku???ni lah persoalan yang sering bermain di fikiran shea…Perlukah persoalan ni berputar di segenap pemikiran shea??? Mesti u all pelikkan nape shea cakap mcm tu..Story begin…perlu ke shea cemburu???CEMBURU perasaan yang menyakitkan tp inilah hakikat..Shea cemburu bila orang cuba bermain dgn barang berharga shea (nak cakap terus terang detail rs malu maklum la melibatkan hal peribadi)…Shea memang amat menyayanginya tp shea tak standing dengan “parasit” tu..”Parasit” tu manusia yang menganggu kehidupan org yg bahgia seperti shea. Kerana dia kebahgian shea goyang..Arghhh rs mara sgt (ikut ht mcm nak g sound je tp shea xsuka mcm tu)…Cemburu mula menguasai shea hingga shea melukakan ht si dia tapi patut ke shea rasa cemburu walaupun shea dah miliki dia…Shea buntu sgt wajib ke CEMBURU tu hadir dalam diri?????Tapi kalu u all berada di tempat shea apa yg u all rasa???Shea dah biul, perasaan ini benar dr ht shea or bisikan syaitan yg nak hancurkan shea……Shea rasa dri ni terlalu kolot sgt…Tapi salah ke????????Shea takut kehilangan….Shea not really strong as before this…Im really weak…I need to create back my strength hope Allah always bless me….

Sunday, September 12, 2010

Feelings~~~~~~~`

Sunday 12/09/10 3:04pm

Today shea nak share bout feelings..Shea xtaw nak share dgn sape coz i dont have lot of fwen...After shea berubah to new shea shea byk hbskan ms dgn lappy walau apa pon shea still hepi to be like this but sometimes jer shea rs nobody to share my feel rite now only to my bloggy...Shea xtaw nak start cmne...Tp actually shea feel very lonely couple weeks ni...Mane kekasih yang sentisa ada dgn shea...Kemana menghilang??Shea rasa sedih sgt duit menjadi penghalang kebahgiaan shea..Honestly shea nyatakan masa shea write this blog shea menangis walaupun cuba shea tahan...My heart like piece of paper...For me money is nothing but shea xtaw la apa pikiran manusia diluar sana..Memang duit tu penting shea akui but as a human kita kena pandai bahagikan masa jgn biarkan duit merampas segalanya...Let me story sket pasal wit...

"Dulu shea ada seorang BF yang amat menyayangi shea pd mulanya tapi maybe clap shea thats we all break up...Shea termata penting duit kerja xkira masa and i love money as well..Malah hidup dia shea aturkan tapi mmg patut pon coz dia mlas kerja..Shea nak dia kerja bagus kerna DUIT...bagi shea duit bley bahgiakan manusia..lama kelamaan kami berkawan selama 3 tahun akhirnya shea putuskan ikatan cnta kami kerana duit...Shea sygkan dia ms tu but kerna DUIT...segalanya tekabur dilindungi DUIT..Shea xnampak apa itu ksh syg,cinta kerana DUIT...Cinta dan ksh syg kami hilang kerana DUIT bla si dia pon mula mengejar DUIT hingga kami sama2 lupa akan cara untuk terus semikan kebahgian dalam hubungan akhirnya cinta yang terjalin selama 3 tahun putus ditengah jalan....."

"Namun begitu shea masih tidak sedar akhirnya shea menemui seorang lelaki yang sebaya ayah shea..Pd mulanya hanya kwan akhirnya hbgan tu bertukar..Bukan kerna syg tapi DUIT walaupun dia amat menyayangi shea dan xpernh abaikan shea sentiasa ada utk shea tapi tiada sekelumit cnta dan ksh buat dirinya..Yg ada hanya lah DUIT...Sejak itu hidup shea senang shea lupa segalanya ini kerana mata dan hati shea gelap kerna DUIT...Hingga kerna DUIT shea hancurkan kebahgian org lain..Shea xpernah heran semua tu hinggalah shea bertemu SUHAIB lelaki yang sering menyedarkan shea tentang DUIT...Ingat lagi saat itu SUHAIB pernah berkata DUIT xmampu bahgiakan manusia..SUHAIB mampu buktikan cnta dan ksh syg mmpu bahgiakan manusia bukan DUIT..Akhirnya shea pegang tiap bait katanya...Hingga suatu hari shea menerima chaya hidyah dari Allah SWT dan jadi shea yang sekarang ini...Shea tersedar wang bukan segalanya...Shea bahgia yang teramat sgt...Shea rs lebih tenang.."

"Kini sekali lagi diri shea diuji bukan dr shea tapi dr insan yang shea sayang SUHAIB kini dia semakin sibuk mengejar DUIT alasan demi ms depan dan kebahagian kami kelak..Mungkin ini balasan buat shea kerna shea sering mengejar DUIT tanpa pikir ht dan perasaan orang..Ya DUIT ataw cinta serta ksh syg??????????"

Shea sunyi sgt....ksh syg dan cinta shea kalah kerna DUIT...Apakah shea ini tyerlalu kolot tentang DUIT???Shea da puas bermain dengan DUIT...Kalu kita kata DUIT mampu membahgiakan buktikan pd shea kerna shea yakin kebahgian itu hanya bersifat sementara..Shea lihat orang miskin yang tiada DUIT lihatlah kebahgian yang ikhlas terpancar dalam hubungan mereka..buktikan pada shea jika mereka tidak bahgia..Hnya 10% sahaja yang tidak bahgia tapi lagi 90% mereka bahgia...Kebahgian yang xmungkin kita dapat dalam diri insan yang memiliki DUIT..Tpi ini pendapat shea xtaw la u all semua...masa terluang shea byk shea hbskan dengan menulis,tido...Selain dr ms bersama keluiarga la...Kdg2 shea mls nak amk cuti coz klu cuti pon shea xde nak watpe..Family shea bukan jns fmly yg suka berjalan so bergurau senda dirumah je...Shea rs bekerja mampu hilangkan perasaan ini dlam dr shea coz kalu kerja shea bz kerna kerja shea mmg sentiasa bz xde yg xbz..Now shea nak penuhkan lagi baki2 masa shea dgn aktiviti luar..bukan shea nk bersosial sgt tp just nak lupakan perasaan yg menyakitkan ni...Dulu shea seorang yang kuat melawan naluri dan perasaan tapi now shea hilang kekuatan tu..Nak cr kekuatan tu mmg payah but shea yakin shea mampu buat semua tu...SALAHKAN APA YANG SHEA TULISKAN NI????????????????????

Tuesday, September 7, 2010

Cara-cara pakai shawl

Kat sini shea sertakan lagi 3 fesyen yg bley digayakan di hari lebaran...
Nice watch~~~~~`

Fesyen Ke-1



Fesyen Ke-2



Fesyen Ke-3

StyleCovered Hijab tutorial

a simple versatile style. A headscarf tutorial to do in a couple of minutes!
So, next time u all yg memakai hijab xkan pening2 lagi kan cmne la nk gaya kan selendang...
Semoga tutorial ni byk membantu...Watch here~~~~~~~~~``

How to wear a Headscarft

Hye dear all my blog reader..Here i present u all tutorial how to wear a headscarft..So sempena nak raya ni u all bley la try this tutorial....Why not kdg2 kita tukar sket trend bertudung...So in this Sept season shea akan tunjuk kan more tutorial pasal pemakaian tudung selendang...Seperti di bwh adalah tutorial pemakaian selendang pashmir..Enjoy it~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, September 1, 2010

Rindu yg bertamu....

Tuesday 01/09/10 Time: 10.41pm

Indah sungguh malam ini...Langit dipenuhi bintang tampak lebih indah lebih dr hr biasa...Sedang shea berada di kamar sambil membelek blog shea tetiba dgn pantas shea menaip luahan ht shea mlm ini tanpa rs segan silu....Malam ni shea berasa amat rindu sgt pada bucuk(Suhaib) rindu yg luar biasa berbanding mlm yg lain.Teringin benar shea mahu melihat bintang yg indah bersama bucuk...Walaupun shea dgn dia kje 1 tempat tp perbatasan dalam pertemuan itu tetap ada...Shea keje dalam pejabat manakala bucuk keje luar so nk berjumpa memang payah sekali..Hanya mampu membalas senyuman je...Tambahan pula skunk bucuk keje part time mlm kt pizza so blik dah tentu lewat mlm tp shea xmara dan shea janji xkan rungut kerana shea tahu apa yg bucuk buat adalah demi kebaikan kita...Shea janji akan sokong bucuk sentiasa x kira apa jua yang berlaku...Shea mmg rndu sgt dgn bucuk rindu gurau senda dan saat indah bersama...Tapi shea tetap akan bersabar hingga sampai saat itu....hubungan yang terjalin ni mmg bwk seribu makna buat shea walaupun singkat perkenalan kami tapi kerana kehadirannya shea rs lebih disayangi..Thanks syg...Shea berdoa agar kami kekal selamanya...Bucuk keje malam tu ht2 ye..Shea risau sgt bucuk blik mlm2...Malam yang indah disulami rs rindu yg indah semakin indah terasa malam ini....Sayang g la tgk bntang..............hehhehehehehhehehheehhe......Hari ni saja shea asyik tersenyum sorg2 terbayang wajah mara,sedih,nangis,merajok&semua la yg pernh bucuk buat ketika bersama shea...Bucuk adalah pendorong semangat shea.....

Isi Hatiku~~~~

Sejak pertama kali,
Kau menyintaiku,
Ku tahu begitu namun ku berpura,
Teringat saat kau meluahkan rasa,
Membuat hati bergetar tanpa henti.

Sejak dari itu,
Ku mula menyintaimu,
Namun ku berharap jua,
Kau mencintaiku lebih dari itu,
Sebagaimana ku mencintaimu,

Cinta antara kita,
Pasti tiada penghalangnya,
Walau hujung nyawa,
Ku tetap mencintaimu,
Ku akan menunggumu,
Hingga kita bertemu,
Ku berjanji,
Hanya cinta mu bertakhta di hati.

Jika kau pergi jauh dari sisi,
Tiada lagi cinta selain cintamu,
Akan ku bawa bersama ku hingga hujung nyawa,
Mungkin kau tidak mengerti,
Betapa ku mencintaimu,
Akan ku menyintaimu hingga hujung nyawa.