Islam itu indah malah lebih mudah dan ringkas. Tidaklah
terlalu sukar seperti yang sering diperkatakan oleh orang bukan Islam. Siapa
kata Islam itu sukar?? Disini saya ingin berkongsi serba sedikit pendapat saya
tentang Islam yang bakal membuka mata seluruh manusia baik Islam atau bukan
Islam. Ramai yang menyatakan PUASA itu susah sukar tapi sedarkah kita ia
sebenarnya BONUS bagi kita. PUASA bukan sahaja menahan kita dari lapar dahaga
dan nafsu tetapi mendisiplinkan kita serta membuat kita lebih prihatin dan peka
terhadap organ dalaman kita. Setelah 11 bulan kita makan minum tanpa mengira
masa serta kualiti makanan tanpa menghiraukan organ dalaman kita. Tidak
salahkan jikalau kita berpuasa sebulan untuk merehatkan organ dalaman kita.
Organ dalaman adalah organ yang paling penting bagi tubuh kita umpama mesin
yang menggerakkan sesebuah kompenan. Jika mesin itu rosak mampukah sesebuah
kompenan itu bergerak??? Begitulah juga badan kita yang memerlukan organ itu.
Bukan sahaja dapat merehatkan organ tetapi dapat juga mengamalkan DIET. Tahukah
kita bahawa DIET yang mujarab adalah PUASA??? Oleh itu kita disarankan supaya
berbuka secara bersederhana seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Tetapi
itulah yang sering ditinggalkan oleh kita. SOLAT sering diambil mudah oleh
golongan Islam sekarang tetapi sedarkah kita ia adalah satu perbuatan yang
mudah, tidak sesukar seperti yang diperkatakan oleh orang bukan Islam. SOLAT 5
waktu yang diturunkan untuk kita bukanlah sukar malah ia merupakan satu senaman
yang tidak memerlukan modal beratusan RM. Semakin kerap kita melakukan SOLAT
semakin dekat diri kita dengan Allah SWT dan semakin kerap kita berhubung
dengan Allah SWT. SOLAT banyak menenangkan kita tatkala marah melimpah ruah.
Dikala keresahan dan kekeliruan menghantui diri SOLAT banyak membantu. Tidakkah
ini satu kebaikan yang menawarkan ganjaran yang lumayan di akhirat kelak? AL-QURAN
sebuah kitab yang membawa seribu satu makna yang tidak mampu dirungkai oleh
mana-mana pihak namun sedih di zaman yang serba moden AL-QURAN dihenjakkan
bagai buku yang tiada makna. Disebalik AL-QURAN disitulah terletak ketenangan
yang dicari. Alunan bacaan surah di dalam AL-QURAN membuat kita lebih tenang
ketika kita resah dan sedih. Namun di zaman canggih ini alunan muzik yang
bingit menjadi pilihan untuk mendapatkan ketenangan tetapi tidakkah kita sedar
alunan muzik itu hanya mampu memberi ketenangan yang sementara bukanlah kekal
selamanya. Tetapi alunan bacaan surah di dalam AL-QURAN akan memberi lebih
ketenangan yang kekal selamanya. Bukan itu yang terbaik?? BERTUDUNG sering
dikatakan panas low fesyen tapi sedarkah kita melalui BERTUDUNG kita dapat
mengurangkan pandangan serta jelingan lelaki gatal yang mendambakan seks.
BERTUDUNG membuatkan kita lebih selesa bergerak ke sana ke mari tanpa
memikirkan keadaan yang membahayakan seperti yang akan berlaku pada wanita yang
berpakaian seksi tanpa menutup aurat. Menutup aurat juga serba sedikit dapat
membantu mengurangkan kes rogol yang semakin berleluasa bukan ini yang kita
mahu sebagai seorang WANITA??? Seks rambang yang sering diamalkan orang bukan
Islam tetapi diharamkan dalam Islam. Ini kerana untuk mengelakkan masalah
keturunan, merosak keturunan, menghancurkan rumahtangga, meretakkan
perhubungan, meluasnya penyakit kelamin, kejahatan nafsu dan merosotnya akhlak.
Bukankah Islam banyak menitikberatkan kesihatan selain menjaga akhlak serta
peribadi. Apa sahaja perbuatan wajib dan sunat yang kita amalkan dalam Islam
banyak memberi 1001 manfaat serta menawarkan ganjaran pahala buat kita.
Bukankah Islam itu indah dan mudah diikuti???? Islam tidak memiliki peraturan
yang sukar untuk dipatuhi tetapi memberi ketenangan yang azali yang tidak dapat
dimiliki dari mana-mana agama selain dari agama ISLAM…
Waallahualam……
p/s: Maaf kalu penulisan ini memiliki 1001 cacat cela kerana
shea baru mendalami dan memahami serba sedikit tentang Islam walaupun shea
Islam tapi kekurangan masih ada. Harap yang mana silap tolong perbetulkan moga
pembetulan itu mampu memperkuatkan penulisan shea dari hari ke sehari…..
0 comments:
Post a Comment