Sepertimana yang korang tahu shea da siapkan satu cerpen mengenai adik Alanna Qish beberapa hari lepas...Tapi shea bukan nak cerita pasal cerpen tu tapi shea nak cerita pasal sebuah mimpi..Ahad lepas selepas shea selesai upload cerpen tu kat my bloggy moggy shea terus tutup my lappy mappy and terus beradu. Tatkala shea enak dibuai tidur hadir seorang bidadari kecil menghampiri shea. Lalu pabila bidadari itu makin hampir shea makin mengenali seraut wajah comel yang pernah shea lihat...Akhirnya segalanya terjawab bila wajah itu benar-benar dihadapan shea. Ya Allah...bagai tidak percaya..Bidadari kecil itu adalah adik Alanna Qish. Shea tak tahu nak cakap apa. Lalu dia tenung wajah shea sambil tersenyum lalu shea sentuh pipinya mulus gebu tu (ouchhh geram sgt tgk dia) kami saling tenung bagai saling mengenali walaupun shea tidak pernah mengenalinya. Adik Alanna memegang shea berjalan bersamanya lalu genggaman itu semakin longgar dab terlepas dr tangan shea. Shea cuba gapai kerana kak.shea msih belum mengenalimu wahai adik Alanna Qish. Mungkin belum sampai masanya kita terus bermain. Insyaallah sampai masanya kita mampu bermain bersama. Sejak cerpen tu siap shea sekali pon tak pernah baca bukan tak sudi tapi shea takde kekuatan nak baca semua tu. Masa shea menulis shea menulis ikut hati tanpa shea membacanya. Adik Alanna...kak.shea doa agar adik tenang disana dan dicucuri rahmat oleh Allah SWT.............Kepada mummy Alanna Qish teruskan ketabahan dan kekuatanmu menempuh masa hidupmu Insyaallah orang yang tabah akan disayangi Allah.......
Wednesday, October 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment