Apabila ditanya pada masyarakat apa beza antara KAWAN dengan SAHABAT, ramai yang menjawab bezanya ada pada perkataan, sebutan dan ejaan (sambil ketawa sendiri seakan istilah ini menggelikan hati). Kebenarannya ada disini, kawan dan sahabat adalah dua istilah yang berbeza dan dua haluan berbeza. Kawan mudah dicari berbanding sahabat. Kawan ada dimana-mana, kawan cuma hadir dikala senang dan gembira tetapi sahabat hadir dikala susah,senang,sedih&gembira. Sahabat sanggup berkorban demi sahabatnya, sahabat akan sentiasa menjaga hati dan peribadi sahabatnya, sahabat akan sentiasa berada disisi sahabatnya,sahabat akan sentiasa membetulkan sahabatnya, sahabat akan berjuang bersama sahabatnya, sahabat akan memimpin sahabatnya terkapai-kapai dan inilah namanya sahabat tetapi kawan akan pergi dikala kawanya susah dan sedih, kawan akan menikam kawannya, kawan akan sentiasa cemburu akan kejayaan kawannya, kawan akan membiarkan tatkala kawannya terkapai-kapai, kawan akan menikam kawannya, kawan tidak akan menjaga hati dan peribadi kawannya dan inilah kawan. Kawan hanya sekadar berbual tetapi sahabat berbual,berbincang dan berkongsi. Sahabat umpama permata disebalik kaca dan kawan adalah kaca disebalik permata tetapi ramai yang memilih kaca berbanding permata kerana kaca lebih menyinar berbanding permata. Ramai pernah mendengar istilah “kawan makan kawan” tetapi pernahkah kalian mendengar istilah “sahabat makan sahabat”?, Ini membuktikan bahawa keakraban sahabat itu jauh lebih kuat berbanding kawan. Saya terfikir kenapa masyarakat melayu lebih banyak menggunakan istilah kawan daripada sahabat. Contohnya kawan belajar, kawan sekerja, kawan serumah, kawan bermain, kawan ketawa?. Tetapi kita tidak menggunakan istilah sahabat alam perhubungan antara dua insan. Sahabat lebih menjurus pada sesuatu hubungan yang sama jenis. Maksud saya persahabatan antara lelaki sesama lelaki dan persahabatan antara perempuan sesama perempuan. Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai kawan dalam perhubungan. Dia mampu membawa dua watak dalam satu masa yang sama. Teringat sewaktu disekolah rendah,guru-guru selalu bercerita tentang kisah sahabat nabi. Perkataan yang mereka sebut adalah sahabat,mereka tidak pernah menggunakan istilah kawan nabi. Mungkin waktu itu kiat masih kecil dan tidak matang lagi tentang istilah-istilah ini maka saya menanamkan dalam benak fikiran saya bahawa tiada beza antara sahabat dan kawan. Setelah saya cuba fahami istilah-istilah ini saya dapat simpulkan bahawa terdapat perbezaan antara sahabat dan kawan. Disaat ini barulah saya sedar bahawa setiap sahabat adalah kawan tetapi setiap kawan bukanlah sahabat. Perhubungan dengan sahabat adalah lebih kuat berbanding kawan. Adakah masih wujud lagi insan yang mampu bergelar sahabat diwaktu sekarang ini? Atau mungkinkah kalimah "sahabat" itu sepatutnya perlu dihapuskan memandangkan betapa sukarnya mencari seorang sahabat sepertimana layaknya insan-insan yang bergelar sahabat pada zaman Nabi Muhammad dahulu?. Saya berpandangan bahawa perhubungan antara kawan dan sahabat hanyalah disebabkan perkenalan. Perkenalan antara dua individu membuatkan sesuatu hubungan itu dapat dinamakan dengan kalimah "kawan" dan "sahabat" sehinggakan membuatkan kita terkeliru dan menyangka bahawa istilah-istilah tersebut tidak ada beza antara satu sama lain.Sedangkan keakraban kita dalam hubungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap penggunaan dua istilah itu. Wallahualam.
Thursday, June 24, 2010
Wednesday, June 23, 2010
Luahanku.......
Segalanya telah tertulis..Allah telah menemukan aku dengan dirinya tatkala aku tergapai-gapai...Dia hadir menerima diriku dan akhirnya aku menjadi aku...Allah telah wujudkan cinta antara aku dengan dia maka akan aku jaga hingga akhir hayat ku..Cinta yang merubah kehidupanku.Biar badai melanda aku tetap mencintai dia..Biar seribu halangan sekalipun aku takkan berganjak walau seinci.Aku akan terus mencintai dia dan aku yakin dengan segala langkah serta kata hati ku...Ya Allah..Kau panjangkanlah jodoh aku dengan dia agar kami bisa hidup bahgia dan berkatilah kami.....
Posted by Tya Shea at 6:35 PM 0 comments
Tuesday, June 22, 2010
Me & U
Segalanya bermula disini................
Tanggal 27hb Feb 2010 merungkai dua hati menjadi satu........
Detik demi detik cinta antara kita semakin bersemi menyinari kegelapan........
Kau dan aku ditakdirkan bersama mewarnai warna kehidupan........
Semakin hari semakin serasi kasih dan sayang menjadi saksi.......
Kesedihan kegembiraan menjadi corak kehidupan kita melakari dunia kita........
Akan ku beri cinta ajaib mengatasi 7 keajaiban dunia......
Moga Allah SWT memberkati hubungan kita sepertimana Dia memberkati hubungan Adam&Hawa............
Posted by Tya Shea at 1:17 PM 0 comments
Fakta atau Auta
PANADOL MERBAHAYA
JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN,
ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak.
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.
Posted by Tya Shea at 9:04 AM 0 comments
Tuesday, June 15, 2010
DORM 5
Sahabat ungkapan kata yang penuh makna hingga tak mampu dirungkai dek kata-kata hanya mampu terungkai pabila kita mempunyai sahabat yang benar sanggup berkongsi segala tangis,suka,duka. Ya inilah sahabat. Sahabat yang sentiasa ada disisi kita tatkala senang mahupun susah. Ya sahabatku Angah,Sally,Allmarhumah Jamy,Kakak,Along,Abang,Aza,Mon,Aisyah,Timah,Cik Tien,Abid,Uda,Ali XPDC,Acik,Khausar,Raby,Zumi dan warga dorm 5. Kalian adalah keluargaku tatkala disana. Walaupun kita baru 2 tahun bersama umpama bertahun-tahun kita saling mengenali. Keindahan disana memberiku seribu kenangan yang tak mampu dimiliki dimana-mana. Langkah demi langkah kita atur berganding tangan memecah kesunyian malam kebudayaan blok SK dengan tarian yang diiringi lagu Ku bahagia nayanyian Melly Goeslow. Acap kali ku mendengar lagu itu hati ku tersentuh mengingati keluarga dorm 5. Malam hysteria menguatkan lagi hubungan kita. Betapa kita meyayangi satu sama lain. Lantai dorm 5 menjadi saksi kita tidur bersama ketika aku dan angah ketakutan. Sekali lagi hubungan kita dilimpahi kenangan indah, malam hari jadi uda menjadi saksi. Walaupun serba kekurangan namun kenangan itu tetap segar diingatan kami. Hubungan kami diuji tatkala isu pembelot timbul kita memulaukan Sally(maaf jika terkasar, sekadar mengimbau kenangan kita) aku lah kepala hingga dipanggil warden Ifa namun hubungan kita tetap akrab seakrabnya. Tatkala salah seorang antara kita demam kalian menjaga umpama macam tinggal dihospital betapa kalian ambil berat antara satu sama lain. Tiba suatu malam dimana aku dan acik dipindahkan dorm kalian menangis umpama adik-adik kalian dirampas sungguh aku terharu tatkala airmata kalian tumpah namun ini bukan penghalang hubungan kita. Hari demi hari dorm 5 menjadi persinggahan aku. Tatkala kalian rokol kalian memanggil aku dan acik menyertai kalian sungguh aku tak menyangka yang bahawa aku masih di hati kalian. Segalanya berlaku dengan pantas hingga kita dewasa. Masing-masing membawa haluan masing, aku sangka kita semakin jauh namun kalian tetap dihati ku. Tibalah satu keajaiban timbul FB menjadi dunia perantaraan buat kita semua. Disini semua berkumpu disini juga ikatan kita kembali bersatu menjadi lebih erat. Ya tiada yang mustahil. Dorm 5 adalah pertemuan cinta yang abadi hingga tiada mampu memisahkannya. Cinta yang tiada penghujung sampai hujung nyawa. Kalian tetap segar diingatanku…….Terima kasih DORM 5penemuan cinta abadiku…………………
Posted by Tya Shea at 3:13 PM 2 comments
Tuesday, June 8, 2010
DIMANAKAH AKU?
DIMANAKAH AKU?
Dimanakah aku?? Tatkala aku termenung ini yang aku fikirkan. Aku dibesarkan dalam keluarga yang senang pada mulanya dan akhirnya berubah. Bermula dari cerita kisah hidupku. Aku seorang wanita tp berwatakkan lelaki dari kecil kerana sifatku perangai ku aku serng menimbulkan kemarahan buat keluarga ku. Dari kecil aku belajar berdikari aku jarang tinggal bersama keluargaku tatkala cuti sekolah aku lebih gemar mengekori arwah nenekku. Dari kecil aku kurang didikan agama tapi bukan salah keluarga aku tapi salah diriku. Dari kecil aku terkenal dengan perangai aku yang nakal sampai tak terkawal. Tangan ayah ku seringkali naik di segenap tubuhku namun perasaan serik tak pernah timbul walau seinci pon. Walaupun aku seorang yang nakal namun pelajaran mahupun kukurikulum aku tak pernah abaikan. Hingga aku menjadi anak murid pilihan dikalangan guru sekolah aku sehinggalah aku melangkah alam remaja. Tingakatan 4 aku diserapkan ke asrama disana aku sedikit terbatas. Namun cuti hujung minggu aku lepaskan segalanya. Semuanya bermula disini…Apabila aku melangkah masuk tingkatan 5, aku dikejutkan dengan pelbagai dugaan. Aku difitnah saudara sendiri hingga aku merajuk tidak pulang rumah nenek aku. Tak cukup dengan itu aku diuji dengan dugaan baru tatkala aku membuat persiapan menghadapi SPM, ayahku curang pada ibuku. Alangkah sedihnya aku tatkala itu namun aku tetap teruskan pejuangan aku. Kakak aku yang menyara segala perbelanjaan aku. Sungguh aku bersyukur memiliki kakak seperti itu moga Tuhan memberkatinya. Akhirnya, aku tamat SPM keputusan yang aku terima memuaskan. Aku cuba memohon sambung belajar namun aku tidak punya rezeki aku semakin tertekan. Dalam jiwa aku hanya fikirkan aku mahu belajar namun aku pendam, mungkin ada hikmahnya. Aku bermula bekerja sebagai promoter disebuah gedung membeli belah selama 3 bulan dan melanjutkan perkerjaan aku sebagai promoter kedai kasut juga selama 3 bulan. Genap umur aku 18 tahun aku diterima bekerja sebagai kerani lelong disebuah syarikat lelongan selama setahun. Apabila umur aku 19 aku mencuba nasib aku di sebuah kilang dan akhirnya aku diterima bekerja sebagai kerani akaun berbekaskan kelulusan SPM namun begitu sikap aku tetap sama seperti dulu. Semakin hari semakin terpesong, kelab ada tempat pilihan aku berhibur, rokok tempat aku luahkan segalanya. Saban hari aku pasti pulang lewat malam hingga mengenali seorang lelaki berumur disitu hidup aku senang segalanya ditanggung oleh lelaki itu ketika itu umur aku 21 tahun. Aku tak peduli agama dan keluarga aku. Aku semakin hilang bersama dunia aku untuk hilangkan jiwa tertekan aku. Jiwa aku semakin memberontak. Hinggalah tiba satu hari (28hb Februari 2010) dimana aku telah terima hidayah dan akhirnya aku berubah memakai tudung. Aku buang sikap buruk aku, aku kembalikan diriku pada asal usul diriku. Sebelum perubahan aku aku mengalami mimpi tentang mati yang menginsafkan diriku. Disaat itu juga Allah SWT telah kurniakan seorang insan yang akan membantu aku untuk berubah. Aku terasa lebih tenang dengan perubahan aku. Aku mula kembali ke jalan yang lurus. Tapi aku terpaksa bertatih dari mula. Pelajari ilmu agama melalui internet aku terpaksa belajar mengaji seperti kanak-kanak namun perasaan malu tak pernah hadir dalam diriku. Aku bertuah dikurniakan kawan-kawan yang sering membantu aku. Aku lebih tenang. Aku bertaubat dari melakukan perkara terlarang. Aku berdoa agar Allah SWT tetapkan iman aku dan perbaiki agamaku. Seolah aku seperti bayi baru lahir alangkah tenang hatiku. Tapi aku sedih segelintir manusia yang dilahirkan dari keluarga yang sempurna dari didikan agama dan pelajaran tetapi tidak sempurnkannya dengan menghadap Allah yang satu. Soalan yang sering menerjah di jiwa aku dimanakah aku nanti di akhirat kelak. Aku insaf dengan perbuatan aku, air mata sering menjadi teman hidupku tatkala aku meningati kisah hidupku dahulu. Aku berharap agar cerita aku menjadi pengajaran buat pembaca blog ini dan jadikanlah tauladan agar tidak terjadi pada kalian kelak. Ingatlah Allah……Fikirkanlah hari disana kelak. Usahlah jadi seperti aku sudah terngadah baru nak beraduh. Namun aku tetap berusaha agar aku menjadi wanita solehah dan alhamdulillah tudung kekal menjadi perlindung aurat ku solat kekal menjadi hobiku zikir serta selawat menjadi peneman hidupku tatkala kerunsingan. Islam tak pernah menyusahkan kita malah memudahkan kita……Alhamdulilah….
Posted by Tya Shea at 5:11 PM 0 comments