BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Backgrounds »

Thursday, June 24, 2010

Beza KAWAN dan SAHABAT?

Apabila ditanya pada masyarakat apa beza antara KAWAN dengan SAHABAT, ramai yang menjawab bezanya ada pada perkataan, sebutan dan ejaan (sambil ketawa sendiri seakan istilah ini menggelikan hati). Kebenarannya ada disini, kawan dan sahabat adalah dua istilah yang berbeza dan dua haluan berbeza. Kawan mudah dicari berbanding sahabat. Kawan ada dimana-mana, kawan cuma hadir dikala senang dan gembira tetapi sahabat hadir dikala susah,senang,sedih&gembira. Sahabat sanggup berkorban demi sahabatnya, sahabat akan sentiasa menjaga hati dan peribadi sahabatnya, sahabat akan sentiasa berada disisi sahabatnya,sahabat akan sentiasa membetulkan sahabatnya, sahabat akan berjuang bersama sahabatnya, sahabat akan memimpin sahabatnya terkapai-kapai dan inilah namanya sahabat tetapi kawan akan pergi dikala kawanya susah dan sedih, kawan akan menikam kawannya, kawan akan sentiasa cemburu akan kejayaan kawannya, kawan akan membiarkan tatkala kawannya terkapai-kapai, kawan akan menikam kawannya, kawan tidak akan menjaga hati dan peribadi kawannya dan inilah kawan. Kawan hanya sekadar berbual tetapi sahabat berbual,berbincang dan berkongsi. Sahabat umpama permata disebalik kaca dan kawan adalah kaca disebalik permata tetapi ramai yang memilih kaca berbanding permata kerana kaca lebih menyinar berbanding permata. Ramai pernah mendengar istilah “kawan makan kawan” tetapi pernahkah kalian mendengar istilah “sahabat makan sahabat”?, Ini membuktikan bahawa keakraban sahabat itu jauh lebih kuat berbanding kawan. Saya terfikir kenapa masyarakat melayu lebih banyak menggunakan istilah kawan daripada sahabat. Contohnya kawan belajar, kawan sekerja, kawan serumah, kawan bermain, kawan ketawa?. Tetapi kita tidak menggunakan istilah sahabat alam perhubungan antara dua insan. Sahabat lebih menjurus pada sesuatu hubungan yang sama jenis. Maksud saya persahabatan antara lelaki sesama lelaki dan persahabatan antara perempuan sesama perempuan. Sahabat adalah manusia yang paling rapat dengan kita sehingga dia mampu untuk berperanan sebagai kawan dalam perhubungan. Dia mampu membawa dua watak dalam satu masa yang sama. Teringat sewaktu disekolah rendah,guru-guru selalu bercerita tentang kisah sahabat nabi. Perkataan yang mereka sebut adalah sahabat,mereka tidak pernah menggunakan istilah kawan nabi. Mungkin waktu itu kiat masih kecil dan tidak matang lagi tentang istilah-istilah ini maka saya menanamkan dalam benak fikiran saya bahawa tiada beza antara sahabat dan kawan. Setelah saya cuba fahami istilah-istilah ini saya dapat simpulkan bahawa terdapat perbezaan antara sahabat dan kawan. Disaat ini barulah saya sedar bahawa setiap sahabat adalah kawan tetapi setiap kawan bukanlah sahabat. Perhubungan dengan sahabat adalah lebih kuat berbanding kawan. Adakah masih wujud lagi insan yang mampu bergelar sahabat diwaktu sekarang ini? Atau mungkinkah kalimah "sahabat" itu sepatutnya perlu dihapuskan memandangkan betapa sukarnya mencari seorang sahabat sepertimana layaknya insan-insan yang bergelar sahabat pada zaman Nabi Muhammad dahulu?. Saya berpandangan bahawa perhubungan antara kawan dan sahabat hanyalah disebabkan perkenalan. Perkenalan antara dua individu membuatkan sesuatu hubungan itu dapat dinamakan dengan kalimah "kawan" dan "sahabat" sehinggakan membuatkan kita terkeliru dan menyangka bahawa istilah-istilah tersebut tidak ada beza antara satu sama lain.Sedangkan keakraban kita dalam hubungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap penggunaan dua istilah itu. Wallahualam.

1 comments:

Tya Shea said...

renungkanlah........