BLOGGER TEMPLATES AND YouTube Backgrounds »

Wednesday, July 7, 2010

GAZA





Jalur Gaza atau lebih dikenali sebagai Gaza iaitu wilayah yang terletak di Timur Tengah dengan lebh tepat sekali di Palestin. Keluasan Gaza adalah 365km persegi. Bagi kaum muslimin, Gaza adalah sebuah negari yang bersejarah kerana disinilah ramai rakyat Gaza yang syahid di jalan Allah SWT, dari bayi hinggalah orang tua yang dibunuh oleh Zionis Israel tanpa belas kasihan. Gaza sentiasa diingati dan dikenang kerana disinilah datuk Rasulullah saw wafat dan dikuburkan. Negeri yang aman dan harmoni dicalari dengan perbuatan Zionis Israel yang menghancurkan negeri tersebut tanpa meninggalkan sedikit bekalan makanan dan ubatan buat rakyat Gaza. Pihak yang membantu akan ditahan sebelum sempat bantuan diberi. Sesungguhnya Zionis Israel berlaku kejam. Negeri yang dulunya padat dengan penduduk akhirnya menjadi sebuah negeri yang kosong tanpa penduduk seumpama padang jarak padang tekukur. Gaza negeri tempat dikuburnya datuk Rasulullah saw menjadi gelap gulita setiap hari, anak-anak Gaza ketakutan. Hanya bedilan peluru dan bom menjadi penghias muka bumi Gaza. Setiap hari berita kematian rakyat Gaza disiarkan dalam kaca TV, suratkhabar, Interner serta menjadi buah mulut orang ramai. Setiap hari juga kita lihat mayat bergelimpangan di tanah Gaza. Dimanakah perikemanusian Israel. Sungguh menyedihkan rakyat yang berjuta-juta tidak mampu menghentikan kekejaman yang dilakukan Zionis Israel di Gaza. Tidak adakah lagi sinar kebahagian buat mereka? Sampai bilakah rakyat Gaza perlu hidup dalam kekejaman? Malaysia, bumi yang bertuah terhindar dari segala kekejaman namun kenapa rakyat kita tidak pernah bersyukur? Disana seribu kali susah berbanding disini (Malaysia). Apabila “kejahatan kemanusiaan” ini dibiarkan terus, tanpa ada yang mahu dan mampu mencegahnya, maka tidak menutup kemungkinan akan terjadi tragedi kemanusian di abad moden.
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ ﴿١٠﴾
Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (QS:Al Hujuraat: 49 :10).
Apa yang mampu kita lakukan? Hanya doa dan dana yang disalurkan dapat membantu mereka. Bersamalah berdoa agar Allah swt membuka pintu keinsafan buat Zionis Israel. Moga rakyat Gaza tenang menghadapi ujian dari Allah sesungguhnya pintu syurga terbuka luas buat kalian. Amin…….

0 comments: